suria

Pertemuan pertama terus buat ‘projek’ dalam kereta... Dua lelaki viral dalam Perodua Alza baru berkenalan 2 minggu

Rakaman memaparkan dua lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah Perodua Alza yang tular dua hari lalu.

POLIS mengesahkan dua lelaki yang tular melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah Perodua Alza, Isnin lalu, sudah ditahan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, berdasarkan siasatan, kes tersebut berlaku berhampiran sebuah dewan di Batu Kikir, dekat Jempol.

"Kita berjaya mengesan dua individu di dalam kereta jenis Perodua Alza tersebut. Pemandu berusia 36 tahun merupakan penjawat awam telah ditangkap pada Khamis malam di daerah ini.

"Hasil siasatan lanjut membawa kepada satu lagi tangkapan ke atas seorang pelajar lelaki institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 20 tahun yang kita tangkap di sekitar Kuala Pilah pagi Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sarung baju tidur ‘Doraemon’ ditangkap khalwat, berdua-duaan dengan gadis 16 tahun

"Kedua-duanya sudah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada Jumaat.

Menurutnya, kedua-dua lelaki berkenaan baharu sahaja bertemu kali pertama, selepas berkenalan menerusi satu aplikasi media sosial kira-kira dua minggu lalu.

"Siasatan telah selesai dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan.

"Manakala pemandu lori berusia 39 tahun yang menularkan rakaman pula disiasat di Seremban di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Terdahulu, tular rakaman memaparkan dua lelaki disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kenderaan Perodua Alza yang diparkir ketika hujan.

Selepas disergah, lelaki berbaju korporat yang berada di kerusi pemandu segera mengundurkan kenderaan dan meninggalkan kawasan berkenaan.

Artikel Lain