suria

Hilang di KL, jumpa di Shah Alam... Mayat lelaki hanyut berhampiran Pintasan Saloma ditemukan selepas 4 hari

Mayat lelaki yang hilang pada Isnin lalu ditemukan di Kampung Sungai Kandis pada Jumaat. -Foto Bernama

MAYAT seorang lelaki yang dipercayai dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di Kuala Lumpur Isnin lalu ditemukan di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam pada Jumaat pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata mayat tersebut dijumpai sekitar pukul 10.30 pagi dan maklumat lanjut akan dijelaskan dalam sidang media khas.

Jelasnya, mayat akan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma kira-kira pukul 5.40 petang.

Ketika itu, 13 pekerja berada di lokasi, namun 12 daripadanya termasuk warga Indonesia, Bangladesh dan seorang tempatan berjaya diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan lebih 200 anggota daripada pelbagai agensi dilancarkan susulan insiden itu.

Artikel Lain