suria

Mak pertahan anak buat salah, tunjuk muka berlagak lepas kemikkan pintu kereta sebelah - “Alah… budak-budak bukan sengaja”

Ringankan mulut untuk meminta maaf sekiranya berlaku insiden tidak diingini. -Gambar hiasan AI

KAWASAN parkir pusat beli-belah sering menjadi lokasi bermulanya insiden pergaduhan kecil antara pemandu yang pentingkan diri mahupun enggan bertolak ansur.

Seperti yang diluahkan seorang lelaki di Thread, kecuaian pihak lain membuatkan pintu keretanya kemik walaupun kenderaannya diletakkan di dalam petak parkir dengan baik.

Lebih menambah rasa pedih apabila berdepan dengan sikap pelaku yang tidak beradab.

"Aku selalu keluar dengan anak-anak buah aku pergi mall (pusat beli-belah). Aku selalu pesan dekat mereka supaya buka pintu kereta kena hati-hati.

Insiden kemalangan melibatkan kenderaan biasa berlaku di kawasan parkir. -Gambar hiasan AI

"Jangan sampai terkena kereta sebelah. Sekali ada seorang akak ni, anak dia buka pintu kereta kena dekat kereta aku sampai kemik.

"Apabila aku tegur, dia boleh cakap... alah budak-budak bukan sengaja. Tak ada cakap sorry, langsung tak ada apa," ceritanya.

Tambah pengadu, jawapan balas serta reaksi wanita berkenaan yang seolah-olah beranggapan kerosakan pada kenderaannya adalah perkara kecil membuatkan dia naik darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik - “Mentaliti miskin pemalas!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian ‘air terjun’ di Taman Mas akibatkan 6 kereta rosak… “Windscreen pecah… bumbung kemik”

"Kalau dia cakap sorry, aku boleh tahan lagi. Ni lagi dengan muka berlagak nak menangkan anak dia. Memang aku maki dia balik.

"Budak tak budak! Cuba kalau saya suruh anak buah saya ni pergi hentak kereta akak... lepas tu cakap buat rileks sebab dia budak.

"Selalu kalau anak bodoh tak ada adab macam ni sebab mak bapa dia pun bodoh macam lembu, biadab," imbasnya lagi mengenai kejadian.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengaku pernah melalui situasi hampir sama.

  • Pemuda kecewa selepas kenderaannya kemik akibat pintu kereta kemik dalam insiden di parkir pusat beli-belah.
  • Teguran yang dibuat disambut dengan alasan 'alah budak-budak bukan sengaja' tanpa sebarang permohonan maaf.
  • Sikap sambil lewa ibu bapa terbabit didakwa menjadi punca situasi bertukar tegang.
  • Perkongsian itu mengundang reaksi ramai netizen yang mengaku pernah mengalami insiden sama.
  • Ramai berpandangan alasan tersebut untuk mengelak tanggungjawab terhadap kerosakan kenderaan.

Malah ramai yang bersetuju bahawa alasan sedemikian sering digunakan kerana pemilik kenderaan cuba lari daripada tanggungjawab.

"Sumpah aku benci ayat... alah budak-budak je.

"Aku pernah kena. Budak tu buka pintu kuat gila sampai kena kereta aku. Bapa dia pun buat tak tahu lepas aku tegur tu.

"Aku bengang aku pergi tumbuk kereta dia sampai kemik. Tapi dia berlalu pergi je terus. Jadi dalam fikiran aku sama ada bapa dia pekak atau tu kereta sewa," komen beberapa netizen.

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia