suria

[V] Kejadian ‘air terjun’ di Taman Mas akibatkan 6 kereta rosak… “Windscreen pecah… bumbung kemik”

Kejadian 'air terjun' dipercayai akibat tangki pecah dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Taman Mas, Puchong.

AKIBAT tangki air pecah, enam buah kenderaan milik penghuni di Taman Mas di Puchong, Selangor mengalami kerosakan.

Difahamkan kejadian di Blok A, Apartment Penaga Mas itu berlaku kira-kira pukul 7.40 malam Khamis.

Video kejadian berkenaan dikongsikan seorang pengguna TikTok dan dikongsikan semula di Facebook.

Menurut seorang pelayar TikTok di ruangan komen, dia memberitahu semua kenderaan terlibat mengalami kerosakan teruk.

“Kereta tu tak okey, pecah windscreen... bumbung kemik,” katanya yang menggunakan nama Anis Adlina.

Dalam pada itu seorang lagi pelayar Facebook berkata dia pernah berdepan pengalaman ‘banjir dalam rumah’ ketika menyewa di blok yang sama pada 2016.

“Dulu pernah menyewa di Penaga Mas Blok A sekitar tahun 2016, tinggal di tingkat 9.

“Rumah memang kat tepi tangki je. Sama juga kes tangki pecah habis barang dalam rumah rosak... banjir tak usah cerita la.

“Masa tu dalam pantang, fobia dengar bunyi tangki pecah terus cepat-cepat pindah,” kata playar Facebook menggunakan akaun nama Cik Bybie II.

Dalam pada itu rata-rata netizen turut melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat.

Menurut ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, serpihan tangki air itu turut jatuh menimpa kenderaan di bawah blok pangsapuri itu.

Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa, sebaliknya hanya kerosakan harta benda dan mangsa terbabit diminta membuat laporan polis untuk tuntutan insurans.

“Lori tangki air dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Selangor Air) dihantar untuk membekalkan air bersih kepada 172 rumah yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain