suria

Dua lelaki ‘sangap’ lakukan aksi tak senonoh dalam surau diburu polis

Dua lelaki yang melakukan aksi terlampau di dalam surau sedang diburu polis.

DUA lelaki yang melakukan perbuatan sumbang di dalam sebuah surau di Pekan Banting baru-baru ini, kini sedang diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada bilal surau berkenaan kira-kira pukul 9.07 malam Rabu.

Berdasarkan laporan bilal berusia 54 tahun itu, kata Ahmad Ridhmwan, dia menyatakan telah melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dengan terdapat dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak hormat rumah Allah! Aksi 2 lelaki ‘sangap’ dirakam CCTV surau, siap buka zip nak keluarkan anu

"Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Norhidayah Mohd. ditalian 017-4055363 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.

Pada Rabu, mStar melaporkan gelagat dua pemuda yang selamba melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah surau.

Menerusi rakaman berdurasi sekitar 1.40 minit yang dimuat naik di laman Twitter Info Kuala Langat, kelihatan dua pemuda berkenaan duduk di barisan belakang dan seperti baharu selesai mengerjakan solat.

Salah seorang daripada mereka kemudian mula melakukan perbuatan tidak senonoh dengan cuba mencium dan meraba kemaluan rakan yang duduk bersebelahan.

Pemuda yang sama juga bertindak keterlaluan apabila dilihat membuka zip seluar untuk mengeluarkan kemaluannya.

Kelakuan mereka menimbulkan kemarahan netizen kerana bukan sahaja tidak menghormati lokasi tempat beribadah, malah berani melakukan perbuatan jijik itu meskipun terdapat jemaah lain di dalam surau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain