suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung berjaya dibawa keluar

Semua kru filem yang terperangkap dalam Gua Tempurung berjaya dibawa keluar.

KESEMUA 30 individu yang terperangkap di Gua Tempurung, Gopeng, Perak ekoran laluan masuk dinaiki air, berjaya diselamatkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata kesemua 30 mangsa berjaya keluar dari gua itu pada jam 5.45 petang, Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Laluan keluar dinaiki air, 30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung

Difahamkan, mangsa yang sedang membuat penggambaran filem di dalam gua itu terperangkap di bahagian belakang selepas laluan masuk gua dinaiki air.

"Semua mangsa tidak cedera. Anggota penyelamat membawa keluar 10 orang terlebih dahulu dan selebihnya dibawa keluar oleh krew produksi mereka sendiri.

"Operasi tamat kira-kira jam 6.50 petang," katanya lagi. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain