suria

Laluan keluar dinaiki air, 30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung

Pihak bomba digerakkan ke lokasi untuk membantu usaha menyelamat.

KIRA-KIRA 30 individu dilaporkan terperangkap di dalam Gua Tempurung, Gopeng, Perak selepas laluan keluar gua itu dinaiki air akibat hujan lebat pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, paras air mula naik kira-kira pukul 3 petang tadi.

"Mereka yang terperangkap di dalam gua adalah kru filem yang sedang menjalani penggambaran di lokasi.

"Pihak bomba dan penyelamat telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Sepasukan anggota polis juga telah digerakkan ke lokasi untuk membantu usaha menyelamat," katanya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain