suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter bawa kakitangan KKM terhempas, nasib enam mangsa belum diketahui

Sebuah helikopter yang membawa enam individu terhempas di Cameron Highlands. Gambar hiasan.

SEBUAH helikopter yang membawa enam individu termasuk seorang juruterbang dilaporkan terhempas di Cameron Highlands.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, penumpang helikopter berkenaan dipercayai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pasukan STORM kami sedang dalam perjalanan, dan kami tidak pasti keadaan mereka yang berada di dalam helikopter itu," katanya ketika dihubungi.

Dipercayai, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 petang tadi, melibatkan helikopter milik syarikat swasta.

Helikopter berkenaan dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain