Pemeriksaan kesihatan berkala ialah saringan perubatan rutin untuk mengesan penyakit lebih awal. -Gambar hiasan AI
PERKONGSIAN seorang doktor mengenai pengalaman merawat pesakit wanita yang menghidap penyakit kelamin (STD) mencetuskan kebimbangan warga maya.Tambahan pula dia mendakwa golongan isteri yang bersuamikan lelaki penjawat awam khususnya dalam pasukan keselamatan dan pemandu lori, antara individu berisiko tinggi dijangkiti. "Berdasarkan pengalaman saya sebagai doktor, secara purata, isteri-isteri yang bersuamikan anggota pasukan beruniform, pemandu lori, offshore dan PJJ (perhubungan jarak jauh) berisiko tinggi kena penyakit kelamin.Ujian HIV diwajibkan kepada setiap pasangan yang akan membuka buku pink kehamilan. -Gambar hiasan"Asbabnya, suami suka 'makan luar'," ujarnya mendedahkan situasi sebenar di Thread.Sebagai pegawai perubatan, dia menegaskan bahawa hantaran yang dibuat itu bukanlah satu bentuk tuduhan sebaliknya berdasarkan pengalaman klinikal mengendalikan pesakit STD.ARTIKEL BERKAITAN: Hibanya urus jenazah pesakit HIV, guna banyak kapas elak air kudis kena kain kapan... Keluarga tak ziarah, rakan tengok dari jauhARTIKEL BERKAITAN: Staf kesihatan terbeban, makin ramai isteri ‘tak bersalah’ dijangkiti HIV gara-gara bersuamikan lelaki biseksualMalah tegasnya, ia bukan bertujuan menghakimi mana-mana pihak mahupun menjatuhkan profesion mereka dalam bidang yang dinyatakan."Ni bukan judgemental ya tapi kes-kes STD di klinik kebanyakannya memang daripada latar belakang macam ni."Sedihnya, isteri-isteri ni suri rumah yang very innocent," tambahnya yang bersimpati dengan nasib golongan terlibat.Isteri kepada suami yang bekerja dalam sektor beruniform, pemandu lori, pekerja offshore, dan pasangan PJJ lebih berisiko terkena STD.Penyakit ini berpunca daripada sikap segelintir suami yang mengamalkan hubungan seksual luar nikah atau "makan luar".Kebanyakan pesakit adalah suri rumah yang setia dan tidak bersalah namun tetap dijangkiti.Rawatan sukar dijalankan kerana ramai suami enggan tampil melakukan pemeriksaan walaupun isteri sudah disahkan positif.Penularan STD ini sangat membimbangkan kerana boleh memberi kesan kesihatan yang buruk kepada bayi jika isteri hamil.Ringkasan ini dijana oleh AIUjarnya lagi, situasi menjadi lebih rumit apabila terdapat suami yang enggan tampil menjalani pemeriksaan meskipun isteri disahkan positif STD.Ia sekali gus menyukarkan rawatan dan pencegahan penularan penyakit berjangkit tersebut.Lebih membimbangkan, kesan jangka panjang bukan sahaja menimpa pasangan suami isteri, malah boleh memberi implikasi besar kepada masyarakat, terutamanya apabila si isteri disahkan hamil.Reaksi warga maya."Bayangkan akibatnya kepada generasi akan datang. Ini realiti pahit yang perlu dihadapi," luahnya.Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dengan ada yang bersetuju bahawa kesedaran kesihatan seksual perlu dipertingkatkan."Suami saya kerja airforce, setiap tahun ada medical check-up dan saya akan minta dia tunjuk overall result medical tu, walaupun suri rumah tapi saya patut cakna."Patutlah sekarang ni jururawat akan suruh suami ikut sekali apabila nak buka buku pink dan lakukan ujian HIV."Dapat isteri taat tapi macam ni pula dibuatnya," demikian reaksi netizen.