suria

Hibanya urus jenazah pesakit HIV, guna banyak kapas elak air kudis kena kain kapan... Keluarga tak ziarah, rakan tengok dari jauh

Pengurusan jenazah pesakit HIV perlu dilakukan mengikut tatacara yang sudah ditetapkan pihak kesihatan. -Gambar hiasan

SEJAK kes serbuan membabitkan lebih 200 lelaki di sebuah sauna yang dikaitkan dengan aktiviti songsang menjadi bualan ramai, media sosial turut hangat dengan pelbagai perkongsian kisah daripada warga maya.

Terpanggil untuk menyebarkan kesedaran, seorang wanita turut berkongsi pengalaman peribadinya yang beberapa kali terlibat sebagai sukarelawan untuk memandikan jenazah pesakit HIV.

Menyifatkan ia sebagai pengalaman yang menghibakan, wanita berkenaan mendedahkan jenazah pesakit HIV atau AIDS mengeluarkan bau yang agak busuk, justeru ia perlu dikendalikan dengan prosedur teliti. 

Individu yang menguruskan jenazah pesakit yang mengalami penyakit berjangkit perlu mengenakan peralatan perlindungan diri. -Gambar hiasan AI

"Jenazah kematian sebab HIV atau AIDS, busuknya ya Allah. Aku pakai PPE (peralatan perlindungan diri) dan double facemask pun masih bau.

"Jenazah kematian HIV, AIDS dan Tibi, lapisan pertama air adalah menggunakan Clorox dan Dettol untuk matikan kuman dulu sebab kudis-kudis masih berair.

"Aku tetap handle sebagaimana aku handle jenazah biasa cuma kena guna extra kapas sebab nak hentikan daripada ada air kudis atau luka tembus kain kapan. Juga extra kapur barus atau air mawar," tulisnya dalam hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini pegang status PLHIV lepas setahun kahwin... Derita akibat suami kejam amal hubungan luar tabii

ARTIKEL BERKAITAN: Staf kesihatan terbeban, makin ramai isteri ‘tak bersalah’ dijangkiti HIV gara-gara bersuamikan lelaki biseksual

Tambah wanita tersebut, cabaran sebenar bukanlah pada proses memandikan jenazah itu sendiri, tetapi lebih kepada perasaan sebak apabila melihat tiada anggota keluarga mahupun rakan si mati yang sanggup berada di sampingnya sewaktu urusan terakhirnya di dunia.

"Ahli keluarga tak nak datang waktu kebumi, rakan-rakan hanya berdiri dari jauh… yang iringi sampai ke kubur tak sampai 10 orang.

"Keluarga menjauh bukan kerana takut tapi lebih kepada malu," kongsinya lagi.

  • Seorang sukarelawan wanita berkongsi pengalamannya memandikan jenazah pesakit HIV sebagai usaha menyebarkan kesedaran.

  • Kongsinya, jenazah perlu diurus dengan prosedur teliti serta penggunaan PPE.

  • Dia menceritakan cabaran emosi bila melihat jenazah tidak diiringi keluarga atau rakan rapat sewaktu urusan akhir.

  • Ujarnya, keluarga si mati memilih untuk menjauh kerana rasa malu.

  • Dia berharap masyarakat lebih peka terhadap implikasi amalan seks berisiko serta menjadikan kisah ini sebagai iktibar.

Wanita tersebut bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik bagaimana si mati mendapat jangkitan penyakit berkenaan, sama ada daripada pasangan atau faktor lain.

Dalam masa yang sama, dia berharap agar masyarakat membuka mata mengenai implikasi amalan seks bebas dan songsang sama ada dari segi kesihatan mahupun hukum agama bagi penganut Islam.

Reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Sekarang mungkin seronok. Tapi kematian kalian akan membawa 1,000 keaiban kepada ahli keluarga dan kenalan. Kalian yang melakukan hubungan seks luar tabii, bertaubatlah," ujarnya lagi.

Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya menyokong tindakannya berkongsi pengalaman agar dapat dijadikan iktibar bersama.

Artikel Lain