SEORANG individu menyelar tindakan seorang pelanggan yang memuat naik rungutan mengenai kiosk minuman yang ditutup selama satu jam kerana pekerjanya berehat.
Menurut individu tersebut, pelanggan berkenaan sepatutnya lebih bertimbang rasa dan memahami bahawa staf tidak boleh berterusan bekerja tanpa berehat seketika.
Katanya, tindakan memuat naik rungutan di media sosial sehingga tular seperti yang dilakukannya hanya akan menimbulkan masalah kepada staf berkenaan.
Banyak perkara remeh kini dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan AI
"Kak, dekat situ kan dah tulis waktu rehat. Jadi tunggu je la. Dalam mall tu 'bersepah' kedai beverages (minuman) yang lain kan?
"Kalau dah rasa lama sangat, belilah minuman jenama lain," katanya namun tidak menyatakan lokasi.
ARTIKEL BERKAITAN: Bergaduh sikit terus ‘up’ status, buka aib pasangan… Umat Islam perlu faham soal hukum sebelum guna media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentua
Tambahnya, tindakan meluahkan rasa tidak puas hati dirinya di media sosial boleh menjejaskan staf yang sedang bertugas dan mencetuskan persepsi negatif terhadap mereka.
"Sikit-sikit upload di media sosial kemudian effect pada staf bertugas. Manalah tahu cawangan tu kekurangan staf. Pekalah sikit.
"Saya pun pernah kena macam tu, tapi tak ada masalah, saya cari minuman lain, habis cerita. Tak perlu 'merentan-rentan' dan upload di medsos.
"Tak mati pun kalau tak minum air itu," katanya.
- Wanita ditegur selepas merungut kiosk minuman tutup kerana staf rehat.
- Netizen berkata pekerja berhak berehat dan pengguna boleh beli minuman lain.
- Rungutan di media sosial boleh jejaskan staf dan timbul persepsi negatif.
- Individu itu anggap tindakan wanita itu tidak perlu dan hanya mahu viral sahaja.
- Netizen setuju isu kecil seperti ini tidak wajar diviralkan.
Rata-rata netizen menyokong pendapat individu itu yang berpandangan tiada keperluan untuk pelanggan memuat naik hantaran negatif gara-gara marah kiosk ditutup kerana staf berehat.
"Hamak nak viral je bukan nak minum sangat pun air tu.
"Aku kalau dia tulis rehat sejam dah terus gerak cari air lain tak kuasa nak viral," antara komen netizen.


