DALAM sesebuah rumah tangga, cabaran bukan sahaja datang daripada pasangan tetapi juga daripada ahli keluarga termasuklah sebelah mentua.
Begitulah luahan seorang wanita yang menceritakan rasa tidak puas hati terhadap sikap ahli keluarga ipar yang dikatakan suka mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita berkenaan mendakwa dirinya sering menjadi mangsa fitnah apabila ipar dikatakan gemar mendedahkan hantaran di media sosial untuk ditunjukkan kepada ibu mereka.

Elak berkongsi secara berlebihan di media sosial bagi mengelakkan konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
"Apa anda semua buat kalau ada spesis ipar yang suka stalk (intip) dan screenshot (tangkap layar) apa yang anda buat dekat media sosial.
"Lepas tu mengadu dekat mak (mentua) dia. Walaupun benda tu tak ada kaitan pun dengan hidup dia.
"Eh lepas tu mulalah mak dia mesej suami anda kononnya nak menyalahkan kita yang post," luahnya yang tidak berpuas hati dengan apa berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua ada pencen, tetap minta duit nak beli emas setiap bulan! Tak peduli anak menantu kena ikat perut
ARTIKEL BERKAITAN: Hidup tiada privasi, mentua sibuk periksa pergerakan anak menantu... Dah tahu lokasi, tetap telefon pura-pura tanya
Tambah wanita itu, situasi menjadi lebih teruk apabila pihak berkenaan bertindak membuat andaian sendiri dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.
"Tiba-tiba buat andaian sendiri. Anda semua akan buat apa ya? Jauhkan diri atau apa? (Keluarga mentua) Cakap tak masuk campur hal rumah tangga.
"Tapi kenapa mesej cakap benda yang menyakitkan hati? Bukan benda nasihat," ujar wanita tersebut.
- Wanita tertekan dengan sikap ipar suka masuk campur urusan rumah tangga.
- Dakwanya, ipar gemar stalk dan screenshot posting untuk adu pada mentua.
- Mentua pula dikatakan mudah menyalahkan menantu tanpa tahu perkara sebenar.
- Luahan itu raih perhatian netizen yang pernah lalui situasi sama.
- Ramai nasihat agar jauhkan diri dan tetapkan sempadan demi ketenangan rumah tangga.
Luahan itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang pernah melalui situasi sama.
Ramai berpendapat bahawa cara terbaik ialah menjauhkan diri dan menjaga batas dengan keluarga mentua bagi mengelak konflik berpanjangan.
"Padam nombor kenalan yang berkaitan dengan belah suami. Tenang wey rasa.

Komen beberapa netizen.
"Saya tak datang terus dan jauhkan diri dari mereka.
"Tak payah pun padam nombor mereka. Biarkan je mereka baca. Biarkan mereka rasa sakit hati.
"Block (sekat) je sis. Biar mereka tak tahu apa-apa fasal kehidupan kita lagi bagus. Wujudkan batas yang tak boleh dicampuri keluarga. Kesihatan mental kita lagi penting," cadang beberapa netizen.


