suria

Isteri sakit muntah-muntah, suami tak peduli siap sambung tidur! Dulu masa kemalangan dijaga baik bak anak kecil

Seorang isteri memerlukan keprihatinan suami ketika sakit. -Gambar hiasan AI

DALAM rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur amat penting bagi memastikan hubungan kekal harmoni dan bahagia.

Namun bagi wanita ini, semua itu seolah-olah hanya datang dari sebelah pihak apabila suaminya langsung tidak menunjukkan rasa prihatin ketika dia sedang sakit.

Menerusi luahan yang dikongsikan di media sosial, wanita berkenaan menceritakan bagaimana suaminya bertindak tidak peduli walaupun dia sedang menahan sakit dan muntah-muntah.

Suami isteri perlu menjaga antara satu sama lain demi kesejahteraan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Aku sakit. Aku muntah teruk tapi suami boleh tutup pintu bilik dan sambung tidur. Ya Allah, sumpah masa tu aku rasa nak capai je pisau dekat dapur," tulisnya.

Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila mengenangkan kembali segala pengorbanan yang pernah dilakukan sewaktu menjaga suaminya yang sakit sebelum ini.

Segala penat lelah dan kasih sayang yang dicurahkan terasa sia-sia apabila suaminya tidak pernah membalas layanan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia hanya sekejap, ‘penyondol’ rumah tangga derita sakit sampai kena buang Rahim - “Tak tahulah kifarah atau apa”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gelabah isteri terlantar sakit tak dapat tunai tanggungjawab, terus kahwin lain! Anak-anak dibiar dengan bini pertama

"Masa dia sakit, aku jaga macam orang gila. Tak tidur malam, tuam badan sebab panas.

"Waktu dia kemalangan, aku juga yang jaga dia. Tapi tiap kali aku sakit, mesti dia buat hal.

"Hal-hal yang menyakitkan hati aku. Kenapa eh ada suami macam ni? Susah sangat ke aku ni nak masuk syurga?" luahnya lagi.

  • Wanita kecewa suami sambung tidur walau dia sedang sakit dan muntah-muntah.
  • Dia teringat pengorbanannya menjaga suami ketika sakit dan kemalangan dulu.
  • Luah rasa sedih kerana suami tidak pernah tunjuk empati bila dia jatuh sakit.
  • Netizen nasihatkan supaya dia banyak berdoa dan solat tahajud.
  • Ramai setuju sikap suami kurang prihatin ini memang sering berlaku.

Luahan itu menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya memahami perasaan wanita berkenaan serta menzahirkan rasa simpati terhadap nasibnya.

Ada juga yang menasihati wanita itu agar mendekatkan diri kepada Allah untuk mencari ketenangan dan keadilan sebenar.

Antara komen netizen pada hantaran asal.

"Bila awak dah sihat, banyak-banyak solat tahajud. Lepas tu tunggu Allah bagi apa dekat dia. Mesti puas hati.

"Faham sebab pernah kena. Kalau kau minta suami picit ke apa pun, dia akan datang dengan 'muka' (tak suka). Jangan berharap pada orang macam tu, Allah ada.

"Ini memang kebiasaan sesetengah orang lelaki. Kita perempuan bila demam nak pengsan sekalipun, suami tetap harap kita merangkak pergi dapur masak untuk mereka," komen beberapa netizen.

Artikel Lain