LUMRAH dalam dunia pekerjaan, setiap individu pasti melalui fasa penyesuaian diri apabila baru menjejakkan kaki ke tempat kerja baharu.
Namun tidak semua bernasib baik kerana ada yang terpaksa berdepan dengan sikap kurang menyenangkan daripada rakan sepejabat termasuklah pekerja senior.
Seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila pekerja senior di pejabatnya didakwa mengadu mengenai prestasi kerja seorang staf baharu kepada penyelia dan bos tanpa memberi teguran secara berdepan terlebih dahulu.

Budaya buli di tempat kerja boleh menimbulkan persekitaran toksik. -Gambar hiasan AI
Berdasarkan perkongsiannya di laman Thread, dia berpandangan, tindakan segelintir senior yang gemar 'membawang' di belakang hanya membuatkan pekerja baharu sukar memberi tumpuan terhadap tugasan.
"Ada pekerja baharu baru masuk, lepas tu rakan sekerja yang senior tu mengadu pasal prestasi kerja dia. Buat aduan dekat supervisor dan akhirnya mengadu dekat bos.
"Tapi satu je aku pelik, kenapa anda sebagai senior tak cakap depan-depan dia je bahagian mana (silap) untuk dia ubah daripada mengadu dekat orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Staf baharu pelik dihalang pakai rantai emas di ofis demi kebaikan diri, lepas siasat baru faham maksud tersirat
ARTIKEL BERKAITAN: Staf Gen Z tak tahu diuntung! Gaji pokok RM4,000 sebulan, ada kemudahan WFH tapi tetap nak curi tulang
"Aku yang baru masuk pun sakit hati dengan tindakan golongan senior ni. Kalau aku salah, semua benda nak diceritakan. Bahagian salah, tegur kuat-kuat," luah individu berkenaan.
Katanya lagi, sebagai staf berpengalaman sepatutnya golongan senior tidak berasa tercabar dengan kehadiran pekerja baharu kerana mereka juga masih dalam proses menyesuaikan diri.
"Bagi aku la kan, kau buang je dia. Jangan sambung lagi tempoh percubaan dalam pekerjaan dia. Jangan bagi jiwa dia sakit dengan tindakan anda semua.
- Pekerja baharu kecewa apabila senior mengadu pada bos tanpa tegur depan-depan.
- Sikap 'mengadu belakang' buat staf baharu hilang fokus dan tertekan.
- Senior sepatutnya tunjuk ajar, bukan rasa tercabar dengan orang baru.
- Netizen kongsi pengalaman sama, malah ada yang pernah ditegur depan semua orang.
- Ramai setuju tugas senior adalah membimbing kerana setiap orang belajar dengan cara berbeza.
"Mulut dan tindakan anda tu buatkan pekerja tak boleh fokus. Sepatutnya sebagai senior, jangan rasa tercabar dengan staf baharu sebab dia pun tak akan bertahan lama dekat syarikat tu.
"Mereka pun nak teroka banyak lagi syarikat lain. Manakala anda semua 'bertapa' la dekat ofis tu lama-lama," ujar individu tersebut lagi, sinis.
Perkongsian individu yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu turut mendapat perhatian ramai di media sosial.
Ternyata, rata-rata netizen pernah melalui pengalaman sama sebagaimana yang mereka kongsikan di ruangan komen.

Sebahagian komen warga maya.
"Saya faham perasaan awak. Paling sakit isu tu bawa masuk 'meeting'. Kena tegur depan semua orang. Macam awak cakap, kenapa tak tegur depan-depan je.
"Senior tak yakin. Bila staf baharu masuk dia akan beritahu satu ofis yang budak tu tak boleh kerja. Kalau dapat senior gila, cari saja kerja lain.
"Sepatutnya tunjuk ajar sampai junior tu boleh buat. Itu tugasan senior. IQ setiap orang berbeza, ada yang 'lambat panas' tapi sekali dia dah pandai memang 'perform' teruk.
"Ada yang jenis ada kelebihan, cepat belajar. Kita semua pernah jadi 'newbie' jadi bantu la satu sama lain," antara komen netizen.


