DIBESARKAN dalam keluarga yang mengamalkan poligami meninggalkan kesan emosi kepada seorang wanita.
Menerusi luahan di media sosial, wanita itu mengaku dia mungkin dianggap anak derhaka kerana enggan menghulurkan wang kepada bapanya walaupun diminta pada Aidilfitri lalu.
Namun, dia punya sebab tersendiri untuk bertindak demikian kerana mendakwa melalui penderitaan bersama ibu serta adik-beradik lain sejak kecil.
Poligami menuntut suami bertindak adil kepada setiap pasangan. -Gambar hiasan
"Bapa aku ni masa muda hidup senang, kahwin ramai. Kereta pun kerap bertukar tapi anak bini hidup melarat kecuali keluarga yang pertama. Aku anak dari bini yang lain-lain.
"Dia duduk rumah bini pertama, rumah bini lain sekadar datang melawat kat pagar. Itu pun jarang datang rumah mak aku, kadang setahun sekali kadang entah berapa tahun sekali," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suami tak dapat lampu hijau poligami sebab miskin! Kalau kaya, tak culas nafkah isteri mungkin pertimbangkan
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sedar diri asalnya keluarga B40!” - Suami kecewa isteri lupa daratan lepas kahwin... Suka boros, berlagak ‘princess’ dalam rumah
Tambahnya, sejak kecil dia merasakan seolah-olah dibesarkan oleh seorang ibu tunggal.
"Mak aku macam ibu tunggal. Tapi dia tak dapat apa-apa bantuan sebab masih ada suami. Aku juga tak dapat bantuan anak yatim sebab bapa hidup lagi.
"Hidup kami melarat sebab ada bapa pun tak bagi nafkah. Aku tak pernah ada basikal, tak pernah ada pensil warna, beg sekolah koyak, kasut koyak... itu hidup aku.
"Mak buat macam-macam kerja nak sara kami adik-beradik. Abang aku yang masih sekolah ikut lori nak dapat duit untuk tolong mak aku," luahnya.
- Wanita luah kisah dibesarkan dalam keluarga poligami yang tidak adil.
- Dia enggan beri duit raya kepada bapa kerana trauma lama.
- Ibunya terpaksa membesarkan anak seperti ibu tunggal tanpa nafkah.
- Pernah dimarahi bapa ketika meminta bantuan beli beras.
- Ibunya juga ditipu kerana tidak tahu lelaki itu sudah beristeri.
Wanita itu turut berkongsi kenangan sewaktu kecil apabila terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk menelefon bapanya bagi meminta bantuan membeli beras.
“Aku tak boleh lupa muka mak aku duduk atas tangga, muka penuh harapan tunggu aku balik lepas telefon ayah. Tapi ayah marah, maki aku,” katanya.
Selepas dewasa, dia bertekad untuk terus membantu ibu dan adik-beradik yang banyak berkorban, namun tidak pernah menghulur sesen pun kepada bapanya.
Kurang kasih sayang boleh menyebabkan seseorang anak membesar dengan memendam rasa. -Gambar hiasan
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang berkata itu adalah balasan buat ibunya kerana menjadi perampas.
Namun, wanita itu memaklumkan ibunya sendiri pada awalnya tidak tahu bahawa lelaki itu sudah beristeri ketika mereka berkahwin.
"Anak empat baru tahu dia laki orang, sebab dia cakap duduk rumah kongsi sebab kerja. Rupanya duduk rumah bini pertama.
"Lepas mak aku jadi mangsa, ada dua lagi perempuan lain kena tipu kononnya dia bujang," katanya.


