UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu 21 Mac 2026. Pengumuman tersebut dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar pukul 8 malam, Khamis."Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 21 Mac 2026," katanya.Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.Unuk rekod, umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 18 Februari lalu.