suria

Mengaku salah pijak al-Quran, Amir dipenjara sembilan bulan

Amir dihukum penjara sembilan bulan selepas mengaku pijak al-Quran. -Foto Bernama

SEORANG lelaki dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka pada Khamis selepas mengaku bersalah atas perbuatan menghina agama Islam dengan memijak senaskhah al-Quran pada Februari lalu.

Majistret Dr Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Amir Abdul Malik, 41, dengan mengambil kira sensitiviti agama dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, lebih-lebih lagi kesalahan itu dilakukan pada bulan Ramadan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memuat naik rakaman dia memijak al-Quran dengan niat menghina agama Islam pada 28 Februari di sebuah rumah di Jalan Haji Putih, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.

Majistret menegaskan perbuatan itu adalah serius kerana menyentuh sensitiviti umat Islam.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sembilan bulan bermula dari tarikh tangkapan dibuat pada Ahad lalu.

Artikel Lain