Sistem pembayaran tol dijangka menjadi lebih pantas, ringkas dan mesra pengguna dengan kewujudan teknologi ini.
PENGGUNA lebuh raya kini berpeluang menikmati pengalaman perjalanan lebih lancar apabila teknologi Automatic Number Plate Recognition (ANPR) diperkenalkan sebagai kaedah pembayaran tol yang bermula di sembilan tol plaza di Lebuhraya PLUS.Berbeza dengan sistem sedia ada seperti kad, SmartTAG atau RFID, ANPR tidak memerlukan sebarang peranti dipasang pada kenderaan. Sebaliknya, kamera berteknologi tinggi akan mengesan nombor pendaftaran kenderaan secara automatik sebelum bayaran tol ditolak melalui aplikasi JustGO Malaysia.Kaedah ini membolehkan pemandu melalui tol plaza tanpa perlu lagi memilih lorong khas berdasarkan kaedah pembayaran.PLUS uji sistem ANPR di UtaraSebagai langkah awal ke arah sistem tol tanpa palang atau Multi-Lane Fast Flow (MLFF), ujian rintis ANPR di sembilan tol plaza di Utara, iaitu sepanjang jajaran Hutang Kampung hingga Sungai Dua.Melalui ujian ini, pengguna hanya perlu mendaftar nombor kenderaan dalam aplikasi JustGO dan memautkan kaedah pembayaran digital untuk menikmati kebebasan tanpa perlu memilih mana-mana lorong untuk membuat pembayaran tol.Lebih mudah, jimat & fleksibelAntara kelebihan utama ANPR JustGO ialah tidak perlu peranti tambahan; tiada kos pemasangan dan bebas memilih mana-mana lorong tol.Sistem ini juga membantu mengurangkan masalah peranti rosak atau tidak dikesan, sekali gus menjadikan perjalanan lebih lancar dan selesa. Kamera berteknologi tinggi akan mengesan nombor pendaftaran kenderaan secara automatik sebelum bayaran tol ditolak melalui aplikasi JustGO.Penggunaan ANPR bukan sahaja memudahkan pemandu harian, malah urusan akan menjadi lebih mudah kerana tidak lagi perlu menyemak baki, memandangkan ia dihubungkan terus dengan kad bank anda.Walaupun ujian ini masih di peringkat awal, ANPR dilihat sebagai asas penting kepada pelaksanaan penuh MLFF di Malaysia pada masa hadapan, selari dengan usaha mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kecekapan lebuh raya.Dengan teknologi ini, sistem pembayaran tol dijangka menjadi lebih pantas, ringkas dan mesra pengguna.Cara menggunakan JustGO 1. Muat Turun Aplikasi:Muat turun aplikasi JustGO Malaysia melalui Apple App Store atau Google Play Store.2. Daftar Akaun:Buka aplikasi dan daftar akaun baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan.3. Tambah Kenderaan:Daftarkan nombor pendaftaran kenderaan anda dan muat naik geran kenderaan dari aplikasi MyJPJ dalam aplikasi.4. Pautkan Kaedah Pembayaran:Hubungkan terus dengan kad bank anda — sama ada kad debit, kad kredit atau kad prabayar ke akaun JustGO untuk bayaran tol automatik.5. Mula Memandu:Lalui plaza tol yang menyokong sistem ini; tidak perlu mengetuk kad atau menggunakan peranti tambahan.Kelebihan utama JustGOTanpa Kos Pendaftaran & Tanpa Peranti: Bayar tol secara automatik menggunakan teknologi ANPR.Platform Serbaguna: Urus bayaran, ganjaran, dan e-invois semua di satu tempat.Perjalanan Lancar: Nikmati pengalaman lebuh raya yang lebih moden, cepat, dan selesa.JustGO adalah sebahagian daripada pelaksanaan sistem bayaran tol terbuka di Malaysia, kini sedang diuji di beberapa laluan PLUS dan bakal diperluaskan ke seluruh negara.