KETIKA orang ramai masih berteka-teki tentang tarikh sebenar umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberikan pandangannya.Kata Mohd Asri atau Dr Maza, kemungkinan 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 20 Mac. "Kalau merujuk kriteria dahulu sebelum diubah, kemungkinan 1 Syawal kali ini jatuh pada hari Jumaat. Peristiwa 2022 mungkin berulang," katanya menerusi Instagram Story.Dr Maza bagaimanapun tidak memberi hujahan lanjut tentang pandangannya itu.Teka-teki tentang sama ada Hari Raya akan disambut pada Jumaat atau Sabtu muncul kerana masyarakat masih terkenang akan peristiwa 'raya mengejut' pada 2022.ARTIKEL BERKAITAN: Ramadan cukup 30 hari, umat Islam sambut 1 Syawal pada 20 Mac di UAEBagaimanapun, tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri di Malaysia hanya akan diketahui daripada hasil cerapan pada 19 Mac dan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam berkenaan.Justeru, orang ramai disaran agar tidak terpengaruh dengan spekulasi, sebaliknya menunggu pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa agama.Terdahulu, Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) menjangkakan Aidilfitri di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan disambut pada Jumaat.Menurut laporan Agensi Berita Emiriah (WAM), jangkaan itu dibuat berdasarkan pengiraan astronomi kedudukan anak bulan Syawal 1447 Hijrah.