suria

“Nak dengar awak mendengus” - Geli baca perbualan berbaur lucah guru wanita minta pelajar perempuan buat hal tak senonoh

Tangkap layar yang dikongsikan Caprice menerusi Instagram miliknya.

KESUCIAN Ramadan tercalar susulan terdapat dakwaan salah laku seksual melibatkan seorang guru wanita dan pelajar perempuannya seperti yang tular di media sosial.

Pendedahan itu dibuat pempengaruh dan aktivis sosial, Aris Ramli atau Caprice menerusi satu hantaran di Instagram.

"Cikgu perempuan, student perempuan. Kalau ada mangsa lain atau ada saksi yang nak kedepan atau share info (hubungi saya)," tulis Caprice di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian tersebut, turut dimuat naik beberapa tangkap layar perbualan berbaur lucah yang didakwa membabitkan guru dan pelajar berkenaan.

"Bagi otot bahagian situ. Buat dekat cikgu sudah la. N** (nama pelajar) duduk atas, cikgu henjut.

"Cikgu pun suka 'kerjakan' N**. Nak dengar N** berdesus (berdengus). Lagi syok," demikian antara mesej yang didakwa dihantar guru terbabit.

Pelajar itu bagaimanapun dilihat kurang selesa dengan mesej yang dihantar guru terbabit.

"Malu la kerana cikgu tanya macam ni," balas pelajar tersebut dalam perbualan berkenaan.

Namun, guru terbabit didakwa cuba menenangkan pelajarnya dengan menyatakan dia bersikap terbuka.

"Tak apa, cikgu open minded. Tak payah malu la dengan cikgu," ujarnya cuba menyakinkan pelajar terbabit.

Selain itu, hantaran berkenaan turut memaparkan foto dua individu dipercayai guru dan pelajar tersebut berjalan sambil berpegangan tangan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya melahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan pelajar serta menuntut siasatan lanjut dilakukan oleh pihak berkuasa.

"Sebab tu kerajaan larang anak-anak umur 16 tahun ke bawah guna media sosial.

"Lesbian ke? Aku termenung sekejap sebab orang yang kita harap jadi pendidik untuk anak-anak... tapi ni lain jadinya.

"Biasa dengar berita cikgu lelaki gay (songsang) je, kali ni cikgu perempuan pula spesis lesbian pula," komen beberapa netizen.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut.

Artikel Lain