suria

TTMM bukan tempat Althea bawa kelainan, Nana Mahazan tetap bangga anak tersingkir

Althea peserta pertama yang tersingkir.

MENJADI peserta pertama yang tersingkir dalam program nyanyian Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), penyanyi Nana Mahazan sama sekali tidak berasa ralat menerima keputusan juri itu. 

Malah, Nana atau Nurul Hana Mahazan, 43, tetap berasa bangga dengan anaknya iaitu Althea yang menunjukkan perkembangan positif  setiap minggu. 

"Alhamdulillah, saya tidak berasa ralat pun. Saya lebih bersedih kepada Althea sebab rasanya setiap minggu dia berikan yang terbaik.

Nana berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Mungkin ini bukan tempat untuk orang menerima kelainan macam apa yang dia cuba bawakan.  Dia tersingkir ini pun saya sangat berbangga dengan dia. 

"Minggu ini dia buat lebih baik daripada sebelumnya. Dia punya keyakinan, persiapan semua bagus. Biasalah, adat pertandingan, ada kalah dan ada menang. Jadi, kita terimalah," katanya kepada mStar. 

Nana berkongsi perkara itu ketika ditemui media selepas TTMM minggu ketiga yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor pada Ahad. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Nana Mahazan, Althea peserta pertama tersingkir TTMM2

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ameng cabar Liza Hanim buktikan kehebatan anak - “Dia nak tumpang glamor saya”

Ditanya mengenai pilihan lagu Halaman Cinta yang dianggap sebagai 'badi' merupakan punca penyingkiran Althea pada minggu ini, Nana menafikan perkara itu. 

"Saya rasa dia telah pun menebus sebab persembahan dia jauh lebih baik daripada saya. Nak kata dia tembus semula tu, ya memang sudah. 

"Cumanya mungkin bukan kepada juri. Mungkin mereka rasa ada kekurangan dalam persembahan dia. Tapi secara peribadi, Althea sudah buat yang terbaik. 

Saya rasa dia telah pun menebus sebab persembahan dia jauh lebih baik daripada saya.

NANA MAHAZAN

PENYANYI

"Saya juga tidak ralat dengan pemilihan lagu tersebut sebab memang mengikut tema. Sebab lagu ini memang membawa kenangan kepada saya," tambahnya. 

Dalam pada itu, Althea mengakui berasa sedih dan tidak menyangka menjadi peserta pertama yang tersingkir. 

Bagaimanapun, Althea berkata perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan kembali membuat persembahan di pentas yang besar. 

Althea tetap mahu meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. 

"Saya rasa lebih kepada tidak mahu pergi ke sekolah sebab sekarang ini sangat memenatkan. 

"Saya rasa sedih dan kecewa sebab terlalu awal tersingkir dan saya tidak terfikir tentangnya. Saya ingatkan akan tersingkir pada minggu keempat. 

"Dengan penyingkiran itu, saya tidak lagi boleh buat persembahan atas pentas besar. Tapi ini bukan yang terakhir buat saya. Saya masih lagi mahu buat persembahan di atas pentas," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain