PASANGAN anak beranak Nana Mahazan dan Althea diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2). Althea yang menyampaikan lagu Halaman Cinta nyanyian asal Misha Omar itu mendapat markah terendah iaitu 58.67 peratus pada minggu ketiga program tersebut. Penyingkiran itu sekaligus tidak melayakkannya meneruskan saingan menyanyikan lagu Untukmu oleh kumpulan Feminin minggu depan.Nana (kiri) dan anaknya tersingkir di minggu ketiga TTMM.Menurut juri tetap iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim, persembahan Althea memberikan kesan kepada jiwanya, namun susunan muzik seakan-akan tidak sampai kepada penonton.“Saya memang sebak dan terasa dengan persembahan yang diberikan. Saya rasa apa yang dilalui. “Tapi, saya kurang pasti mengenai susunan muzik yang disampaikan itu,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Viviana kena kecam, Ani Maiyuni tampil pertahan anak… “Kita hanya manusia biasa” ARTIKEL BERKAITAN: Jamilulhayat buat kemunculan, anak Adira paling muda dan Cik B bersaing di pentas ‘Talk To My Manager 2’Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu ketiga menjadi milik Kim Khairii dan Safura. Dalam pada itu, sembilan lagi peserta layak meneruskan saingan pada minggu seterusnya iaitu Anggerek anak kepada Adira, Viviana (Ani Maiyuni), Azeva (Datuk A Aida), Fariedz (Datuk Fazley), Cik B (Datuk Seri Vida).Perserta lain ialah Hussain anak kepada Jamilulhayat, Ratu (Linda Jasmine), Ammara (Pak Azad) dan Kim Khairii (Safura).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!