suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahasiswa perubatan ditemukan mati dengan 67 kesan tikaman... Bekas teman lelaki suspek utama guna gunting kuku sebagai senjata

Mayat melibatkan kes jenayah akan dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar perubatan berusia 22 tahun ditemukan mati dalam keadaan mengerikan di kediamannya, dipercayai dibunuh oleh bekas teman lelaki.

Mangsa, Julia Vitoria Sobierai Cardoso, ditemukan tidak bernyawa oleh rakan serumah yang kemudian segera menghubungi pihak berkuasa.

Hasil bedah siasat mendedahkan mangsa ditikam sebanyak 67 kali dalam satu serangan kejam yang dipercayai berlaku antara lima hingga enam jam sebelum mayatnya ditemukan.

Menurut pakar forensik, sebanyak 60 kecederaan dialami mangsa dipercayai berpunca daripada senjata kecil seperti gunting kutikel (gunting kuku), manakala selebihnya disebabkan oleh tikaman pisau.

Kedua-dua senjata yang dipercayai digunakan dalam serangan itu ditemukan di lokasi kejadian di Ciudad del Este, Paraguay.

Sementara itu, suspek utama yang juga bekas teman lelaki mangsa dilaporkan masih bebas dan dipercayai melarikan diri ke negara asalnya di Brazil.

Lelaki berusia 27 tahun itu, yang turut merupakan pelajar perubatan, kini didakwa atas kesalahan membunuh. -Agensi

Artikel Lain