suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas dirawat dalam ICU temui ajal selepas digigit tikus… Hospital tubuh jawatankuasa siasat punca kehadiran haiwan perosak

Ahli keluarga menemui kesan gigitan tikus pada tangan seorang warga emas. -Gambar hiasan AI

SEORANG warga emas dilaporkan maut selepas digigit tikus ketika berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital pada Isnin.

Menurut ahli keluarga, wanita berusia 89 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 12 Mac lalu dan diletakkan di atas ventilator. 

Pada malam Ahad, tikus dikatakan menggigit tangannya sebelum ahli keluarga menemui kecederaan itu keesokan paginya.

Susulan itu protes dalam kalangan waris dibuat bagi menuntut tindakan tegas terhadap kakitangan yang cuai.

Insiden itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kebersihan dan pengawasan di ICU, kerana kakitangan perubatan dikatakan tidak menyedari kehadiran haiwan itu sehingga keluarga menunjukkan kecederaan tersebut. 

Sehingga kini, punca sebenar kematian sama ada akibat gigitan tikus atau keadaan kesihatan sedia ada masih disiasat.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pandit Bhimsen Joshi Hospital di India membabitkan mangsa yang dikenali sebagai Suhasini Mathekar.

Hospital itu sebelum ini pernah dikecam kerana kekurangan kakitangan, ketiadaan doktor senior pada waktu malam, dan tahap kebersihan yang merosot.

Pihak hospital mengakui insiden ini malang itu dan menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk menyiasat bagaimana tikus boleh memasuki persekitaran steril ICU di tingkat empat fasiliti kesihatan terbabit. -Agensi

Artikel Lain