SEORANG suami meluahkan rasa kecewa terhadap sikap isterinya yang didakwa suka berbelanja tanpa pertimbangan dan mudah melenting apabila keinginannya tidak dipenuhi.
Menurut lelaki itu, isterinya sering marah apabila tidak dibelikan sesuatu walaupun barangan yang diminta sudah ada dan masih boleh digunakan.
Katanya lagi sikap isteri yang gemar menunjukkan gaya hidup mewah amat berbeza dengan pendiriannya yang dibesarkan dengan ajaran supaya tidak membazir.
Setiap permasalahan perlu dibawa berbincang. -Gambar hiasan AI
"Kenapa isteri kalau dia marah ikut sedap mulut je? Jenis cakap lepas tak fikir apa dia cakap. Marah sebab tak boleh beli barang yang dia nak.
"Dalam rumah boleh dikatakan nak semua barang baru. Bukan tak mampu beli, boleh je beli tapi benda lama boleh guna lagi," katanya menerusi luahan di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkilan isteri jadi makin kurang ajar lepas kahwin, cakap kasar tak hormat suami - “Dia guna bahasa aku-kau saja”
ARTIKEL BERKAITAN: Janda bidas 'laki orang' lupa daratan, baru senang sikit gatal ajak kahwin - “Kau bukan nak bantu, nafsu je”
Lebih mengecewakan, hampir semua kerja rumah dilakukan oleh pembantu rumah, sementara isterinya banyak menghabiskan masa dengan telefon.
"Isteri aku ni jenis nak berlagak kaya, tak sedar diri dia asalnya daripada keluarga B40. Isteri aku ni boleh kata tiada apa-apa, keluarga dia pun tak boleh bagi apa pun.
"Semua urusan keluarga seperti memasak, kemas rumah, basuh baju... bibik yang buat.
- Suami kecewa isteri suka berbelanja dan cepat marah bila kemahuan tak dituruti.
- Isteri mahu semua barang baru walaupun masih elok.
- Semua kerja rumah dibuat pembantu, isteri banyak main telefon.
- Suami hanya mampu bersabar dan berdoa rumah tangga tenang.
- Netizen nasihat suami agar terus sabar dan didik isteri.
Aku minta air, dia suruh bibik. Boleh kata isteri aku duduk saja di rumah hadap telefon," katanya.
Lelaki itu menegaskan dia kini hanya mampu memendam rasa dan berdoa agar rumah tangganya kembali tenang.
Reaksi netizen
Netizen yang membaca luahan itu mendoakan lelaki tersebut bersabar dan berusaha mendidik isterinya agar menjadi manusia yang lebih bersyukur.
"Sabrlah. Didik elok-elok. Dia kena taat dengan awak. Tunjuk teladan yang baik, ajak solat berjemaah mesti dia malu nak tunjuk perangai.
"Jadi ketua keluarga kena pandai-pandai la bawa bincang dengan bini," kata warga maya.


