KONFLIK dalam rumah tangga bukan sahaja melibatkan dua hati sebaliknya turut memberi kesan kepada emosi anak-anak.
Seorang gadis meluahkan rasa kecewa terhadap sikap bapanya yang didakwa mementingkan wanita lain berbanding kebajikan keluarga sendiri.
"Duit untuk janda boleh bagi, tapi nafkah keluarga sendiri bukan main payah... sepuluh sen pun berkira. Hairan la aku," luahnya kecewa di media sosial.

Setiap rumah tangga pasti diuji dengan pelbagai dugaan berbeza-beza. -Gambar hiasan
Tambah pengadu, apa yang lebih mengecewakan apabila kekasih hati bapanya itu begitu berani bersemuka dengan ibunya dan bersikap biadab.
"Janda tu tahu bapa aku ni dah ada isteri tapi masih meminta (duit). Dia cakap dekat mak aku... kau tak reti jaga suami. Dia datang dekat aku sebab dah bosan dengan kau.
"Ya Allah, saya terkejut dengan sikap dia. Kalau jumpa memang tapak kaki ni singgah atas muka kau!" ujar pengadu yang merupakan anak sulung.
ARTIKEL BERKAITAN: Belum seminggu kenal janda warga asing, bapa terus lupa arwah ibu! Nekad nikah, tak kisah walau dah 2 kali diceraikan
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa makin 'menjadi-jadi' di hujung usia! 6 kali kahwin janda, simpanan hampir 'kering' - "Dulu abah kuat agama"
Luahan berkenaan mengundang perhatian warga maya selepas dikongsikan di Threads.
Ketika membalas pertanyaan netizen, gadis berkenaan berkata bapanya tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah dengan janda yang dimaksudkannya itu.
Namun bapanya didakwa menyimpan keinginan untuk menjadikan wanita tersebut sebagai isteri kedua.
- Seorang wanita kecewa bapanya sanggup beri nafkah kepada janda, sedangkan keluarga sendiri terabai.
- Dia mendakwa bapanya jarang hulur nafkah dan tak bantu beli keperluan asas.
- Janda terbabit dikatakan tahu lelaki itu sudah beristeri tetapi tetap meminta wang dan hina ibu wanita berkenaan.
- Wanita itu jelaskan bapanya belum kahwin dengan janda itu, namun ada niat jadikan isteri kedua.
- Dia marah melihat ibunya menanggung kesusahan sementara bapanya leka dan tak tunjuk contoh baik.
"Mereka belum berkahwin. Kalau dah kahwin, sampai anak cucu cicit aku tibai.
"Dia tak ada duit tapi ada hati nak kahwin lain. Aku sebagai anak pula jadi mangsa," jelasnya membalas komen netizen.
Ujar gadis itu lagi, dia berasa marah apabila melihat ibunya terpaksa menanggung kesakitan dan beban hidup tanpa sokongan daripada suami.

Orang ketiga biasanya menjadi punca hubungan suami isteri itu hancur. -Gambar hiasan AI
"Yang jadi kesalahan ialah nafkah untuk keluarga pun tak cukup. Barang keperluan aku pun kau tak boleh nak tolong.
"Ada hati nak tolong janda luar. Janda tu berani sebab tak pernah jumpa je. Satu hari aku nak jumpa dan bagi tapak kaki dan tangan sekali.
"Mak aku dah susah payah sakit itu ini, boleh pula duit sampai dekat kau ya. Bapa aku tu pun satu, kerja sikit je tapi melepak sampai tak ingat dunia," katanya lagi.


