suria

“Batuk, selesema saya boleh berjangkit” - Sebulan pelajar latihan industri tak datang kerja... Alasan tak sihat, rumah terlibat banjir

Pelajar praktikal perlu mempunyai tanggungjawab sebagai pekerja. -Gambar hiasan AI, Gambar kecil: Antara mesej yang diberikan pelajar praktikal terbabit kepada majikannya.

SEORANG majikan meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa memberikan surat penamatan awal latihan industri kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi di syarikatnya.

Berkongsi cerita, majikan lelaki itu berkata tindakan berkenaan dibuat susulan sikap pelajar praktikal terbabit yang didakwanya tidak jujur dan kurang bertanggungjawab dalam pekerjaan.

Tambahan pula, alasan ketidakhadiran yang diberikan dilihat tidak munasabah dan sengaja mengambil kesempatan atas bencana yang melanda negara.

Setiap pekerja perlu akur pada arahan dan peraturan syarikat. -Gambar hiasan AI

Setiap pekerja perlu akur pada arahan dan peraturan syarikat. -Gambar hiasan AI

"Dia ingat bos dia tak pernah pergi Penang (Pulau Pinang) kot, duduk pula Taman Pekaka.

"Bos dia empat tahun duduk di Taman Pekaka tu, tang mana Taman Pekaka banjir? Habaq mai sat," tulisnya dalam dialek utara di Thread.

Baginya, tindakan yang dilakukan itu adalah wajar bagi pihaknya dan pelajar praktikal terbabit.

Surat penamatan awal yang diberikannya kepada pelajar praktikal terbabit.

Surat penamatan awal yang diberikannya kepada pelajar praktikal terbabit.

Pada masa sama dia memberi bayangan bahawa syarikatnya pernah melakukan perkasa sama pada pelajar praktikal terdahulu.

"Lama dah tak bagi surat berhenti pada pelajar praktikal ni. Tak payah cakap banyak, terminate ja," tambahnya yang membuka syarikat percetakan di Alor Setar, Kedah.

Berdasarkan tangkap layar surat penamatan awal yang dikeluarkan pada 1 Disember, individu terbabit merupakan pelajar sebuah institusi di Perlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf senior malu besar lepas 'sound' budak praktikal nak bantu baiki 'printer' - "Pengalaman tak datang dari pangkat"

ARTIKEL BERKAITAN: Senior pejabat kena ‘sidai’, pelajar intern tak tunjuk muka di majlis perpisahan - “Kami tempah makanan, beli hadiah untuk kamu”

Dia sepatutnya menamatkan latihan industri pada 21 Mei 2026 namun didakwa tidak menghadirkan diri secara berterusan untuk tempoh satu bulan.

"Penamatan awal ini dibuat atas sebab tidak hadir ke tempat latihan industri dari 4 November hingga 13 November dan bersambung dari 14 November sehingga 30 November tanpa sebarang surat cuti sakit yang sah.

"Pelajar juga ada memberikan alasan tidak dapat hadir atas sebab banjir, tanpa bukti yang sahih.

  • Majikan kecewa terpaksa tamatkan latihan industri pelajar.
  • Dakwa pelajar tak jujur, kerap ponteng dengan alasan tak munasabah.
  • Alasan banjir dipertikai sebab kawasan disebut tak terjejas.
  • Pelajar beri alasan masalah kesihatan & rawatan tradisional.
  • Netizen anggap pelajar praktikal itu tidak bertanggungjawab.

"Setelah meneliti situasi dan membuat pertimbangan sewajarnya, pihak syarikat berpendapat keputusan ini adalah yang terbaik bagi kedua-dua pihak," demikian laporan surat itu.

Menerusi tangkap layar perbualan di WhatsApp yang dikongsikan pula, pelajar praktikal terbabit menyatakan dia mempunyai masalah kesihatan.

Menurutnya, dia bukan sahaja perlu mengambil ubat dari hospital malah turut mendapatkan rawatan tradisional.

Warga maya meluahkan rasa terkejut dengan tindakan majikan tersebut.

Warga maya meluahkan rasa terkejut dengan tindakan majikan tersebut.

"Saya minta maaf sebab saya tak datang kerja, saya ada masalah kesihatan peribadi dan sekarang sedang ambil ubat hospital juga rawatan tradisional.

"Jalan untuk saya balik sini pun banjir di beberapa tempat, sebab itu saya belum dapat balik lagi.

"Saya juga mengalami batuk dan selesema teruk sampai susah nak bernafas... batuk dan selesema saya boleh berjangkit pada orang lain," demikian mesej pelajar terbabit kepada majikannya.

Terdahulu, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang menyifatkan pelajar praktikal terbabit sebagai tidak bertanggungjawab.

Artikel Lain