suria

Staf senior malu besar lepas 'sound' budak praktikal nak bantu baiki 'printer' - "Pengalaman tak datang dari pangkat"

Pengalaman kerja tidak menjamin kita mengetahui segala-galanya. -Gambar hiasan AI

SEORANG pekerja berkongsi pengalaman melihat situasi seorang pelajar latihan industri (internship) dimarahi staf senior selepas cuba membantu membaiki mesin pencetak yang rosak.

Menurut wanita itu, kejadian berlaku pada Isnin apabila mesin pencetak utama pejabat gagal berfungsi, menyebabkan kakitangan yang sedang menyiapkan laporan penting, panik.

Melihat situasi kelam kabut berkenaan, pelajar lelaki tersebut bertindak membuka panel di bahagian belakang mesin pencetak.

Setiap pelajar latihan industri perlukan bimbingan dari rakan sekerja yang lebih berpengalaman. -Gambar hiasan AISetiap pelajar latihan industri perlukan bimbingan rakan sekerja yang lebih berpengalaman. -Gambar hiasan AI

"Budak intern diam-diam dia bangun kemudian, buka panel dan dia tarik kertas tersekat. Belum sempat tekan 'reset' terdengar suara staf senior.

"Eh, jangan pandai-pandai usik nanti makin rosak. Ni bukan kerja kau. Intern tu berhenti dan tangan dia undur perlahan," katanya.  

ARTIKEL BERKAITAN: Peliknya perangai ibu staf 'intern'! Mahu anak duduk serumah dengan bos, pergi kerja sama-sama masa latihan praktikal

ARTIKEL BERKAITAN: Senior pejabat kena ‘sidai’, pelajar intern tak tunjuk muka di majlis perpisahan - “Kami tempah makanan, beli hadiah untuk kamu”

Tambahnya lagi, tidak lama kemudian majikan mereka muncul dan meminta penjelasan selepas menyedari tercetusnya suasana kelam kabut.

"Dia tanya ada apa ni? Senior cepat jawab, printer ni rosak bos, budak intern ni suka-suka je usik. Nasib saya nampak.

"Bos jalan ke printer, tengok panel belakang terbuka. Dia pandang intern tu. Kau tahu nak betulkan ni?

"Intern teragak nak jawab, sikit-sikit, bos. Dulu saya kerja part-time kat kedai fotostat," katanya.

  • Intern dimarahi staf senior selepas cuba baiki printer rosak.
  • Dia tarik kertas tersekat dan hampir tekan reset sebelum ditegur.
  • Bos tiba, beri kebenaran dan printer kembali berfungsi.
  • Majikan puji keberanian dan inisiatif intern itu.
  • Netizen anggap kisah itu bukti ilmu tak kenal pangkat.

Selepas mendapat kebenaran majikan, pelajar itu meneruskan cubaan untuk membantu dan akhirnya berjaya menghidupkan semula mesin cetak tersebut. 

Majikan turut memuji keberanian serta inisiatif pelajar itu sambil mengingatkan bahawa pengalaman tidak semestinya datang daripada pangkat.  

"Intern sambung tekan 'reset' di printer. Printer terus hidup, kertas keluar satu-satu.

"Bos angkat kening, pandang staf senior. Kadang, pengalaman tak datang dari pangkat. Pejabat senyap," katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa sudah menjadi kelaziman di mana-mana organisasi staf senior kurang senang dengan pekerja baharu yang mempunyai ilmu.

"Lagi banyak kita tahu, lagi insecure orang yang kurang ilmu. Bila kita share something yang baharu, ada orang assume kita memandai, besar kepala.

"Sebab tu zaman sekarang ramai ambil inisiatif tunggu dan lihat. Tak boleh tunjuk tahu, nanti kita balik kena pijak," antara komen netizen.  

 

Artikel Lain