TINGKAH laku aneh seorang warga emas yang memiliki selera makan luar biasa sering menimbulkan pelbagai andaian, termasuk dikaitkan dengan unsur mistik seperti saka atau hantu raya.
Di aplikasi Thread, seorang wanita turut membangkitkan persoalan sama apabila mendakwa neneknya tidak berhenti makan walaupun pada waktu tengah malam.
"Saya nak tanya, mak ayah saya memang jaga nenek dan bawa dia duduk sekali. Cuma kami pelik sikit. Normal ke untuk orang tua umur 86 tahun, kuat makan sangat-sangat?

Warga emas perlu menjaga pemakanan demi kesihatan mereka. -Gambar hiasan AI
"Padahal kami memang hidang sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam. Di antara waktu-waktu itu pun dia selalu minta roti.
"Waktu malam-malam, pukul 1 atau 2 pagi, dia akan datang dapur cari makanan untuk makan. Kami ada kamera litar tertutup (CCTV) yang detect motion. Setiap malam nampak dia," kongsi wanita itu.
Tambahnya, neneknya berbadan kurus seperti kebanyakan orang tua dan kini menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan.
- Wanita pelik neneknya memiliki selera makan luar biasa.
- Neneknya juga kerap mencari makanan pada waktu tengah malam.
- Netizen kata nenek wanita itu mungkin ada membela saka.
- Ada juga netizen yang berpendapat yang nenek wanita itu sudah nyanyuk.
Di ruangan komen, seorang pemuda memberi saranan kepada keluarga wanita itu agar mencari rawatan alternatif bagi merungkai misteri berkenaan.
"Awak, minta tolong ustaz untuk berubat ya. Maaflah cakap macam ni. Macam arwah moyang saya. Dia ada yang 'menumpang' dirinya.
"Masa tu umur dia 92 tahun. Setahun juga berubat. Ustaz tu kata moyang saya dah tak ada, tinggal jasad je. Seram bila cerita balik ni," tulis seorang individu.
ARTIKEL BERKAITAN:Lain macam tenaga, mampu urut hampir 5 jam! Wanita syak bidan ada 'bantuan' lain, mungkin pengantara arwah nenek
ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati cucu ‘nenek viral’ meninggal selepas 33 tahun bersama! Rindu bacaan merdu mengaji, suara ajak solat jemaah
Di sebalik komen-komen berunsur mistik, ramai juga yang meminta wanita itu bertenang dan tidak mudah berprasangka buruk.
"Kalau dia nyanyuk, dia selalu lupa dah makan ke belum. Jadi mungkin dia lupa yang dia dah makan.
"Normal kalau ada gastrik. Mereka makan kuantiti yang sikit tapi kena kerap," tulis beberapa netizen lagi.


