suria

Mahu anak lelaki nampak hebat lepas kahwin, ibu tipu orang sekeliling! Hakikatnya katil pun tak mampu beli, kena 'mengemis'

Ibu bapa juga perlu menjaga perasaan anak-anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita terasa hati dengan sikap ibunya yang dilihat pilih kasih dan seolah-olah tidak menghargai pengorbanannya.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu berkata ibunya sering memuji dan berbangga dengan orang sekeliling kononnya anak lelaki yang baru berkahwin mampu hidup senang dan membeli sendiri perabot rumah.

Namun tiada siapa tahu hakikat bahawa ibu wanita itu telah memaksa dia menyerahkan katil miliknya kepada adik lelaki yang tidak cukup wang untuk membeli barang keperluan selepas berkahwin.

Adik-beradik dewasa biasanya sanggup berkorban demi yang lain. -Gambar hiasan AI

"Mak selalu cerita yang dia bangga dengan anak lelaki dia sebab belikan dia itu ini. Untuk makluman, adik lelaki saya ni sudah berkahwin ya.

"Lepas mereka kahwin, adik tak cukup duit untuk beli barang rumah dan mak paksa saya untuk bagi katil saya kepada dia. Saya bagi katil dan tidur dekat lantai," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lebihkan adik, setiap bulan bayar ansuran kereta dan beri duit belanja... Isteri hamil dibiar berhimpit naik LRT pergi kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tergores hati, suami terus terang pilih utamakan adik-beradik... Beri alasan jika bercerai terus tiada kaitan

Apa yang membuatkan wanita itu lebih terkilan, ibunya dikatakan mencanang cerita tidak benar mengenai kehidupan adiknya selepas berumah tangga.

Wanita itu turut meluahkan rasa sedih kerana dirinya kini masih belum bekerja walaupun sudah menghadiri beberapa temu duga.

  • Wanita luah rasa terkilan pengorbanannya tak dihargai.
  • Dia tidur di lantai selepas beri katil kepada adik lelaki yang baru kahwin.
  • Mak pula bercerita kepada orang lain semua barang di rumah adik dibeli sendiri.
  • Wanita sedih masih belum dapat kerja walau banyak pergi temu duga.
  • Netizen beri kata semangat agar dia terus kuat dan yakin rezeki akan tiba.

"Dan hari ni mak saya bercerita dekat adik beradik mengenai adik saya. Katanya adik saya beli sendiri semua barang (perabot termasuk katil) dalam rumah sewa.

"Salahkah untuk saya terasa hati? Ya, sekarang saya masih tak ada kerja. Merata sudah saya hadiri temuduga kerja tapi satu pun tak panggil-panggil lagi," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen tampil memberikan kata-kata semangat agar wanita berkenaan terus kuat menghadapi ujian hidup.

Sikap suka membandingkan anak-anak boleh memberi tekanan. -Gambar hiasan

"Sabar... hidup kita ni memang penuh ujian. Yakin dan terus berdoa. Rezeki awak akan sampai tepat pada waktunya. Kuat ye awak. Tak apa, jangan sedih lama-lama.

"Yang merasa je akan faham. Pedih tu sampai ke ulu hati. Pahit nak telan. Moga hidup awak akan ada sinar yang melimpah ruah di hujung sana," komen beberapa netizen.

Artikel Lain