SEORANG wanita bergelar ibu dipaksa membuat keputusan sukar melibatkan kerjayanya dan anak yang sedang sakit tenat.
Menurutnya, dia bekerja sebagai kerani dengan gaji sederhana tetapi cukup untuk menampung keluarga.
Namun, kehidupannya berubah apabila anaknya tiba-tiba dimasukkan ke wad akibat jangkitan paru-paru dan perlu dipantau rapi.
Diberhentikan kerja adalah perkara yang paling mengecewakan. -Gambar hiasan AI
"Doktor kata kena pantau 24 jam. Saya mohon cuti kecemasan (EL). Bos balas ringkas, cuti? Kalau awak keluar hari ni, jangan masuk balik.
"Saya terkedu. Enam tahun saya setia, tak pernah ambil cuti sakit suka-suka. Tapi hari tu, saya terpaksa pilih," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buat kecoh di hospital, bengang tak boleh daftar anak sakit terima rawatan
ARTIKEL BERKAITAN: Bawa anak sakit pergi klinik, doktor 'marah' rakan sejawat buat kerja cincai! Caj beratus, jumpa tak sampai seminit
Menurutnya, melihat keadaan anaknya yang lemah dan berbalut jarum di hospital, dia akhirnya membuat keputusan nekad.
"Saya balas saya pilih anak. Saya tinggalkan pejabat dengan air mata. Esoknya saya diberhentikan. Tanpa notis dan tanpa belas.
"Saya menganggur hampir dua bulan. Tapi setiap malam, saya tidur tenang sebab saya tahu, saya simpan maruah sebagai ibu," katanya.
- Seorang ibu dipaksa memilih antara kerja dan anaknya yang sakit tenat.
- Dia diugut majikan agar tidak kembali jika mengambil cuti kecemasan.
- Nekad memilih anak, dia diberhentikan tanpa notis.
- Kini berniaga kecil-kecilan demi kelangsungan hidup.
- Netizen simpati dan sarankan buat laporan kepada JTK.
Dia memaklumkan kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menyara hidup.
"Hari ini, saya berniaga kecil-kecilan tak kaya, tapi cukup. Saya berdoa, semoga tiada ibu lain diuji seperti saya.
"Kerja boleh dicari tapi anak hanya satu," katanya.
Reaksi warga maya
Perkongsian itu mengundang rasa sedih dalam kalangan warga maya yang berharap jika ada individu berhadapan situasi serupa membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Kesian dizalimi oleh majikan. Boleh buat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
"Buat laporan kat JTK, memang kena ulang-alik beberapa kali untuk perbicaraan, tapi demi keadilan kena la sanggup
"Jangkitan paru-paru bukan perkara main-main. Adik saya kena masa darjah tiga. Mujur ibu bawa cepat ke hospital," katanya.


