suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hantar mesej ancaman satu pagi, penganggur ‘stalk’ remaja perempuan diberkas polis

Ugutan bunuh adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki ditahan polis selepas disyaki mengugut seorang remaja perempuan menerusi aplikasi media sosial dalam kejadian di Jepun.

Berdasarkan laporan pada Sabtu, suspek berusia 28 tahun yang menganggur dan tinggal di Sagamihara, wilayah Kanagawa, diberkas selepas menghantar beberapa mesej berunsur ancaman kepada mangsa.

Menurut polis, lelaki itu menghantar mesej antara pukul 1.30 pagi hingga 1.30 petang pada 22 April lalu kepada remaja perempuan yang dikenali dan tinggal di wilayah Tottori.

Antara ugutan yang dihantar termasuk ancaman untuk menjejaki mangsa sehingga membawa maut.

Polis memaklumkan suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut, namun tidak memberikan motif jelas berhubung tindakannya.

Kes kini disiasat lanjut oleh pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain