SEORANG wanita di California berdepan pertuduhan membunuh tanpa niat selepas seorang warga emas berusia 81 tahun maut akibat dilanggar motosikal elektrik. Berdasarkan laporan, pertuduhan dibuat berikutan kemalangan berpunca daripada anak lelakinya yang ketika itu berusia 14 tahun menunggang motosikal elektrik jenis Surron.Kejadian berlaku ketika remaja terbabit melakukan aksi ‘wheelie’ sebelum melanggar mangsa, Ed Ashman di Orange County, Australia pada 16 April lalu.Mangsa yang juga bekas kapten Kor Marin Amerika Syarikat dilaporkan sedang berjalan pulang ke rumah selepas selesai tugasan sebagai guru ganti di sebuah sekolah menengah di Lake Forest.Akibat pelanggaran itu, Ashman mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia pada Khamis.Susulan kematian mangsa, ibu remaja terbabit, Tommi Jo Mejer, didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat selain pertuduhan sedia ada iaitu mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.Menurut pihak pendakwaan, wanita itu didakwa membenarkan anaknya menunggang motosikal elektrik secara haram walaupun menyedari risiko dan pernah diberi amaran oleh pihak berkuasa."Ibu ini pada asasnya menyerahkan ‘senjata berbahaya’ kepada anaknya dan terus membenarkan dia menunggang secara melulu sehingga meragut nyawa orang lain," kata Peguam Daerah Orange County, Todd Spitzer dalam satu kenyataan.Difahamkan, wanita berkenaan turut berdepan beberapa pertuduhan termasuk memberi maklumat palsu kepada pegawai berhubung kemalangan tersebut. Siasatan turut mendedahkan sebelum ini wanita itu pernah menghubungi pihak berkuasa bagi mengadu mengenai gambar anaknya menunggang motosikal tersebut yang tular, selain mengaku mengetahui anaknya menunggang secara berbahaya. -Agensi