suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi ada hubungan sulit, lelaki tergamak jerut leher isteri hamil 7 bulan sampai habis nyawa

Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki didakwa membunuh isteri sendiri selepas hubungan sulitnya terbongkar dengan menjerut leher mangsa. 

Apa lebih menyayat hati, mangsa dikenali sebagai Rabiya Begum, 26, sedang hamil tujuh bulan ketika kejadian.

Menurut pihak polis, suspek yang berusia 28 tahun berjaya ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan pada 28 April lalu.

Kejadian tersebut berlaku di daerah Cachar, Assam, India dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 103(1) Kanun Bharatiya Nyaya Sanhita berkaitan bunuh.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kes tersebut berunsur pembunuhan, namun tidak menolak kemungkinan ia diklasifikasikan sebagai homisid tidak sengaja bergantung kepada bukti.

Mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk penelitian bahan bukti digital seperti rakaman audio yang dipercayai dihantar mangsa kepada suspek sebelum kejadian.

Dalam pada itu, suspek menafikan dakwaan membunuh isterinya dan mendakwa wanita berkenaan bertindak membunuh diri kerana tertekan.

Malah dia mengakui mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

"Saya akui ada hubungan luar, tetapi saya tidak membunuhnya. Dia membunuh diri sendiri,” katanya di perkarangan mahkamah.

Untuk rekod, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lalu dan mempunyai dua anak lain. -Agensi

Artikel Lain