ISU pemulangan deposit sering menjadi masalah dalam kalangan penyewa apabila ada segelintir pemilik rumah mencari pelbagai alasan 'menahan' wang tersebut.Situasi sama turut dialami seorang wanita yang mendakwa deposit rumah sewanya masih belum dipulangkan walaupun meninggalkan rumah dengan keadaan baik. Katanya, sebelum menyerahkan kunci, pemilik ada datang memeriksa keadaan rumah namun meminta dia membaiki kerosakan yang didakwa sudah wujud sejak awal dia masuk sebagai penyewa."Saya sudah menyewa selama lima tahun. Kami sudah baiki apa yang rosak, cat semula dekat dinding yang kotor."Dia datang tengok rumah, dia suruh saya baiki kerosakan yang bukan saya buat. Ada tape (pita) yang melekat dekat dinding sebab penyewa lama.Mengecat dapat menutup cela bahagian dinding. -Gambar hiasan AI"Dia suruh cat semula sedangkan penyewa lama yang buat. Dia cakap beli cat lima liter baru cukup. Dia harap saya cat satu rumah bagi nampak baharu," dakwanya.Wanita itu berkata, dia juga mengupah pekerja untuk melakukan pembersihan menyeluruh (deep cleaning) selain membaiki pelbagai kerosakan kecil di rumah tersebut.Bagaimanapun, tuan rumah mengharapkan rumah itu ditinggalkan dalam keadaan seperti baharu sebagai helah tidak perlu memulangkan deposit."Ini ke alasan dia tak nak bagi duit deposit rumah supaya saya putus asa dan beritahu dia pakai duit deposit baiki apa yang patut sedangkan saya sudah buat semua.ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!ARTIKEL BERKAITAN: Culas bayar sewa hingga terpaksa halau keluar... ‘Owner’ terkejut penyewa tinggalkan longgokan al-Quran wakaf - “Siap ada senarai nama”"Kipas tidak berfungsi sebab pendawaian longgar, lampu tidak menyala sebab mentol sudah hangus tapi saya sudah ganti baharu."Suis yang rosak pun sudah tukar baharu. Dia harap kami cat satu rumah ke? Singki rosak dulu pun dia ambil masa berbulan untuk ganti baharu," ceritanya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap tindakan tuan rumah itu mempunyai niat tertentu. "Sebab itu pentingnya persetujuaan ada gambar rumah semasa pindah masuk dan senaraikan barang dan kerosakan yang ada," komen netizen.Wanita mendakwa tuan rumah sengaja menahan deposit rumah sewanya.Dia sudah membaiki kerosakan dan membersihkan rumah sebelum berpindah keluar.Namun, tuan rumah masih meminta rumah dicat semula sepenuhnya.Netizen menasihatkan supaya simpan bukti keadaan rumah sejak awal.Kes itu turut dicadang dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, seorang netizen mencadangkan supaya wanita tersebut membawa kes berkenaan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi menuntut semula deposit rumah sewanya.Menurut individu itu, dia sendiri pernah memenangi kes hampir sama dan berjaya mendapatkan semula wang deposit selepas membawa perkara tersebut ke tribunal.Katanya, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web TTPM dan penyewa perlu membaca bahagian soalan lazim serta panduan mengisi borang terlebih dahulu.Dia turut menasihatkan agar semua bukti dan dokumen sokongan disediakan dengan lengkap seperti perjanjian sewa rumah, gambar serta video sebelum dan selepas berpindah keluar.Selain itu, segala bentuk komunikasi dengan tuan rumah termasuk melalui WhatsApp perlu disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang.