Membincangkan perihal kewangan dan komitmen bulanan sebelum berkahwin adalah satu keperluan. -Gambar hiasan AI
MERANCANG kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan antara perkara utama perlu dititikberatkan jika mahu membina kehidupan stabil bersama.Namun masih ramai pasangan menganggap perkara itu sebagai remeh untuk dibincangkan yang pada akhirnya membawa kepada masalah selepas berkahwin. Kebanyakan konflik rumah tangga yang dikongsikan di media sosial juga berkisar tentang isu kewangan dan nafkah.Membincangkan isu tersebut, seorang wanita cuba mendapatkan pandangan ramai selepas dia diminta menjual kereta miliknya.Setiap orang mempunyai komitmen bulanan tersendiri. -Gambar hiasan AIMenurut wanita itu, permintaan tersebut dibuat bakal suami dengan alasan untuk mengurangkan komitmen bulanan selepas mereka berkahwin. "Saya dan bakal suami ada kereta masing-masing, saya Perodua Bezza dan dia Myvi."Katanya, salah seorang kena 'lepaskan' kereta sebab nak kurangkan komitmen, jadi kereta siapa yang patut dilepaskan?," ajunya cuba mendapatkan pandangan netizen di Threads. Perancangan kewangan penting sebelum kahwin elak konflik.Wanita diminta jual kereta oleh bakal suami.Alasan untuk kurangkan komitmen bulanan selepas kahwin.Lelaki tak mampu bayar, minta wanita kongsi bayaran.Netizen nasihat jangan lepaskan kereta sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut wanita ini, lelaki itu meminta dia melepaskan kereta kesayangannya itu kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan kerana mempunyai banyak komitmen lain.Jelas wanita itu lagi, dia juga diminta untuk membayar separuh ansuran bulanan kereta bakal suami dengan perjanjian hak milik kenderaan tersebut bakal ditukarkan kepada namanya."Dia suruh lepaskan kereta saya dan janji akan tukar nama kereta Myvi ke atas nama saya," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Wakil HR minta calon senaraikan komitmen bulanan, persoal keperluan minta gaji tinggi… Paling tak boleh terima siap tanya jenama kereta!ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tinggal RM100, banyak hutang... Suami tetap ragu-ragu izin isteri kerja, risau komitmen baharu pula munculPersoalannya itu membuatkan ramai netizen tampil berkongsi pandangan dengan kebanyakannya memberi nasihat supaya tidak melepaskan kereta yang dimiliki."Masing-masing sudah ada kereta sebelum berkahwin, jadi lepas kahwin teruskanlah bayar komitmen masing-masing dan kalau dia tak boleh bayar, dialah yang jual."Jangan jual kereta sendiri, nanti kalau bercerai, kereta pun kau tak dapat," demikian reaksi netizen.