KESERASIAN dalam sesebuah hubungan sebenarnya melampaui soal cinta semata-mata kerana ia menuntut persefahaman dalam perkara yang mungkin nampak kecil bagi orang lain seperti hobi atau haiwan peliharaan.Begitulah dilema yang sedang dilalui seorang wanita apabila dia berdepan konflik bersama tunangnya hanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Segalanya bermula gara-gara isu kucing kesayangannya.Menurut wanita itu, dia terkilan dan terdiam seketika apabila tunangnya secara tiba-tiba memberi kata dua dengan bertanya sama ada mahu terus bersamanya atau kucing yang dipelihara sejak tahun 2019."Awak pilih saya atau kucing? Beberapa kali juga saya cakap, nak bawa kucing lepas kahwin nanti. Dia tak bagi bawa. Katanya, kucing tak penting lagi buat masa sekarang ni.Berpisah dengan haiwan kesayangan bukan satu hal yang mudah. -Gambar hiasan AI"Sedangkan dia tahu saya suka kucing. Masa berkenalan dulu pun saya pernah bawa kucing bagi dia tengok. Sekarang ni tunang tu kecewa sebab dia kata saya cakap pilih kucing."Bila masa saya cakap begitu? Jangan la buat saya terpaksa pilih macam ni. Masa stres belajar dekat universiti dulu kucing tu yang teman saya," luahnya lagi yang sukar memahami mengapa kehadiran kucing itu dianggap tidak penting oleh bakal suaminya.Walaupun dia mengenali tunangnya sejak 2022, rasa sayang pada kucing sudah sebati dalam dirinya sejak kecil.Malah, dia berasa semakin tertekan apabila tunangnya mula membangkitkan segala pengorbanan yang dilakukan selama ini demi menonjolkan 'kesalahan' wanita itu yang masih memikirkan soal kucing."Tunang cakap yang dia kecewa. Dia dahulukan semua benda untuk saya dan keluarga. Dia persoal kenapa kucing juga yang saya fikir?ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan ‘panas’, kerap gaduh selepas bertunang... Wanita tetap bertahan, anggap kifarah sebab dah terlanjurARTIKEL BERKAITAN: Nak meminang ke nak ajak perang? Wanita ini perjelas mesej bahasa kasar dihantar bakal tunang - “Kami sebenarnya gaduh, saya block nombor dia”"Kalau ikutkan, dia tak nak pun cerita tentang isi hati dia sebab nanti saya kecewa lagi. Dia boleh pendam, tapi sebab saya tanya jadi dia jawab," katanya.Dilema wanita ini turut mendapat perhatian ibunya yang menyarankan agar kucing itu dibawa bersama selepas berkahwin kerana bimbang haiwan berkenaan akan tertekan jika ditinggalkan.Dia juga mengakui akan berasa sangat bersalah sekiranya sesuatu berlaku kepada kucing itu hanya kerana terpaksa berpisah.Wanita buntu apabila tunang minta pilih antara dirinya atau kucing peliharaan.Kucing itu sudah dijaga sejak 2019 dan menjadi peneman ketika susah.Tunangnya enggan benarkan kucing dibawa selepas kahwin.Ibu pula menyuruhnya membawa kucing itu bersama selepas bernikah.Kini dia tersepit antara bakal suami dan si bulus kesayangan.Ringkasan ini dijana oleh AINamun apa yang lebih membuatkannya terluka adalah apabila tunangnya mendakwa dia terlalu memikirkan soal kucing sedangkan lelaki itu sudah banyak mengutamakan hubungan mereka."Dulu sebelum kenal tunang saya ni, dengan yakin saya cakap... kalau laki tak suka kucing atau tak bagi aku bela kucing, memang aku chau (tinggalkan). No compromise (tiada kompromi)."Hari ini aku diuji dengan kata-kata sendiri," katanya lagi.Paling melukakan hati adalah apabila tunangnya mula mengeluarkan kata-kata sindiran yang seolah-olah mahu menjauhkan hubungan mereka jika dia tetap berkeras dengan pendiriannya.