suria

Nak meminang ke nak ajak perang? Wanita ini perjelas mesej bahasa kasar dihantar bakal tunang - “Kami sebenarnya gaduh, saya block nombor dia”

Perkongsian video Tira tular di aplikasi TikTok.

SETIAP pasangan bercinta pastinya ada cara tersendiri untuk menzahirkan perasaan mereka.

Ada individu di luar sana gemar bermain dengan ayat puitis dan romantis, namun ada juga yang senang menggunakan bahasa bersahaja dengan pasangan mereka.

Di aplikasi TikTok, tular video memaparkan perbualan WhatsApp seorang lelaki yang mengajak teman wanitanya untuk bertunang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertahun menyepi selepas putus cinta, akhirnya ex-GF juga yang ‘sangkut’ jadi bini! Ramai nak cuba cara selamba lelaki ini ajak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model Rusia - “Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia”

Senang menggunakan kata ganti diri 'aku' dan 'mu' dengan pasangannya, mesej yang dihantar oleh Shahrul Amir Saamad, 26, kepada Athirah Rusnaidi, 21, dianggap kasar oleh segelintir netizen.

"Royak (beritahu) ke mak ayah mu tu, minggu depan mak aku nak pergi rumah. Malam ni mu bincang dengan famili mu. Kalau famili mu OK, aku royak ke famili aku," tulis jejaka itu.

Menurut Athirah yang senang disapa Tira itu, dia dan bakal tunangnya sudah terbiasa menggunakan ganti diri tersebut ketika berkomunikasi dan ia tidaklah kasar sebagaimana tanggapan sesetengah individu.

"Sebelum saya dapat mesej tu, kami sebenarnya bergaduh dan saya block nombor dia. Kemudian saya unblock, terus dapat mesej dia nak datang merisik dan bertunang pada Sabtu ini.

"Saya sekadar post video di TiKTok, tak sangka akan viral. Saya kongsi video untuk kenalan saya saja sebelum ini.

"Ramai yang komen dan cakap mesej itu berbunyi agak kasar. Tapi kami memang membahasakan diri 'aku' dan 'mu' sejak dulu lagi. Kami dah terbiasa begitu," ujarnya kepada mStar.

tira3

Tira gementar menjelang majlis pertunangan pada Sabtu ini.

Menurut Tira lagi, dia juga tak sangka akan bertunang secepat ini memandangkan dia tiada perancangan ke arah itu dan sebolehnya mahu terus mendirikan rumah tangga.

Namun kata Tira, perbincangan antara kedua belah pihak bersetuju dengan rancangan itu dan majlis kecil akan dilangsungkan pada Sabtu ini.

"Memang tak jangka sebab saya cakap kat dia tak nak bertunang, nak kahwin terus. Tapi bila dia kata macam tu, famili kami pun setuju.

"Tiada persiapan sangat sebab pandemik Covid-19 sedang melanda. Kami rancang untuk buat simple saja.

Baju untuk bertunang pun saya recycle baju yang mana ada saja.

TIRA

"Baju untuk bertunang pun saya recycle baju yang mana ada saja. Tapi cincin kami dah beli," ujarnya yang menetap di Terengganu.

Menurut pembantu kedai itu, dia terkejut menerima banyak komen netizen selepas video tersebut tular di TikTok.

Selain memperkatakan gaya bahasa dalam mesej itu, ramai netizen turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

"Saya terharu dengan doa orang ramai sehingga tak sempat nak balas satu persatu. Saya juga terkejut apabila notification masuk tak berhenti.

tira2

Tira dan bakal tunangnya berkenalan pada tahun lepas.

"Perasaan saya agar berdebar menunggu majlis esok. Saya takut tersilap bagi tangan ketika nak sarungkan cincin," ujarnya berseloroh.

Kata Tira lagi, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga menjelang hujung tahun ini, namun ia akan dibincangkan semula dalam majlis pertunangan itu nanti.

Dedah Tira lagi, dia dan tunangnya berkenalan pada tahun lalu ketika sama-sama bekerja di sebuah pasar raya di Terengganu.

Mengenai dirinya, Tira juga menjalankan perniagaan coklat dalam balang sejak tingkatan empat lagi.

Kata Tira, dia juga merancang untuk menghasilkan jenama makanan sendiri suatu hari nanti dan berharap dapat bergelar sebagai usahawan berjaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Aishah terima gelaran Datuk