Hasrat ibu atau bapa yang mahu berkahwin baharu bagi mencari pengganti wajar dibincangkan bersama anak-anak. -Gambar hiasan AI
APABILA salah seorang ibu bapa meninggal dunia, ada dalam kalangan anak-anak yang merestui keputusan ibu atau ayah untuk berkahwin semula demi mencari teman hidup.Namun, situasi berbeza dialami seorang wanita ini yang meluahkan kebimbangannya apabila bapanya menyatakan hasrat untuk berkahwin lain. Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu menjelaskan dia sebenarnya tidak menghalang bapanya untuk mendirikan rumah tangga baharu, namun hatinya gusar memikirkan nasib wanita yang bakal menjadi ibu tirinya.ARTIKEL BERKAITAN: Baru tiga minggu berkenalan, wanita terkedu dengar syarat kahwin teman lelaki... Ajak tiru konsep majlis kawanARTIKEL BERKAITAN: Bukan kerana nafsu semata-mata, lelaki ini terpaksa ‘buka pekung’ rumah tangga... Cerita mengapa perlu kahwin satu lagi"Bapa aku nak kahwin lain. Mak aku baru setahun meninggal. Aku tak kisah dia nak kahwin lain sebenarnya. Tapi, aku risau dekat perempuan tu," tulisnya dalam hantaran di Threads.Menurutnya, sebagai anak, dia terlalu 'masak' dengan sikap bapanya dan merasakan lelaki itu bukan seorang suami yang baik.Pasangan digalakkan untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke fasa perkahwinan. -Gambar hiasan AI"Aku sebagai anak boleh cakap, ayah aku bukan husband yang baik. Aku tak nak perempuan lain rasa. Cukuplah mak aku je," katanya lagi.Tambah wanita itu, dia juga berdepan dilema kerana tidak tahu cara terbaik untuk menyampaikan perkara tersebut kepada calon ibu tiri atau keluarganya.Menurutnya, dia tidak terlibat dalam sebarang urusan penting berkaitan perkahwinan bapanya, termasuk majlis merisik yang berlangsung sebelum ini."Aku tak terlibat dalam majlis penting termasuk masa merisik baru ni. Kalau ada, sumpah aku bagi je 'ayat' supaya makcik tu reject ayah aku," katanya.Tidak menceritakan dengan terperinci mengenai bapanya, wanita tersebut berkata dia mengambil keputusan membawa diri sejak ibunya meninggal dunia.Seorang wanita bimbang apabila bapanya mahu berkahwin lain setahun selepas ibunya meninggal dunia.Dia tidak menghalang, tetapi risau bakal ibu tiri akan melalui nasib sama seperti arwah ibunya.Wanita itu mendakwa bapanya bukan seorang suami yang baik berdasarkan pengalamannya sebagai anak.Dia berdepan dilema untuk menasihati pihak calon ibu tiri.Perkongsian tersebut mengundang reaksi netizen, ada yang menyokong kebimbangannya dan ada yang menasihatkan agar berbincang secara baik.Ringkasan ini dijana oleh AI"Makin dewasa, makin aku malas nak beriya tegur selepas mak dah meninggal. Lagilah aku bawa diri. Tapi, berita ayah nak kahwin lain ni, buat aku risau."Anda yang ada single mom tu, kalau nak carikan jodoh untuk mak... hati-hati lah ya. Selidik dulu."Anak-anak boleh tolong solat istikharah sama-sama tau," luahnya lagi.Di ruangan komen, perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memahami kebimbangannya.Ada yang bersetuju bahawa sebagai anak, dia mungkin lebih mengenali sikap sebenar bapanya berbanding orang luar, sekali gus merasakan kebimbangannya berasas.Namun, tidak kurang juga yang berpendapat wanita tersebut wajar berbincang secara baik dengan bapanya atau mendapatkan pandangan ahli keluarga terdekat.