suria

“Dadih habis, lepas tu tumpang tandas” - Wanita geram jiran enam beranak ‘sapu bersih’ makanan kenduri, tak ingat orang belakang

Kita disarankan supaya menjaga adab setiap kali bertandang ke sesebuah majlis. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa geram dan terkilan dengan sikap jirannya yang hadir ke majlis kenduri kecil-kecilan di rumahnya.

Berkongsi cerita, apa membuatkan hatinya betul-betul membara adalah sikap jirannya itu yang seperti tiada 'common sense' apabila bertandang kerana didakwa menghabiskan hidangan disediakan.

Katanya, majlis itu sebenarnya diadakan khusus untuk menyambut kedatangan keluarga mentua namun dia akhirnya kecewa kerana tidak dapat menjamu mereka gara-gara sikap jirannya itu.

"Benci betul kalau buat kenduri kecil-kecilan... dapat jiran yang tak ada common sense. Sampai enam beranak datang, semua makan tak ingat orang belakang.

Mengadakan majlis keramaian boleh mengeratkan hubungan sesama jiran dan keluarga. -Gambar hiasan AI

"Buat kenduri sebab nak sambut keluarga mentua dari negeri lain. Dadih dalam kotak, kerabu semua habis," luah wanita berkenaan.

Tidak hanya itu, dia turut meluahkan rasa geram kerana jirannya itu tumpang menggunakan tandas rumahnya walaupun kediaman mereka hanya selang sebuah rumah sahaja.

"Lepas itu tumpang tandas, walhal rumah mereka selang satu rumah je dari rumah kami.

"Teringin nak rasa guna tandas bersih ke macam mana? Lepas itu lepak lama-lama sampai tak balik rumah sendiri," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuih lembik dan berlendir! Wanita tak tergamak hidang pada tetamu, rupanya peniaga suruh jiran siapkan tempahan sebab ada hal keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Air tangan jiran ‘ikat perut’ tunang! Hati wanita ini hancur, bakal suami belikan barang dapur untuk perempuan lain, siap suruh masak

Di ruangan komen, beberapa netizen berpendapat wanita itu tidak sepatutnya menjemput orang luar sekiranya majlis tersebut sudah dikhususkan untuk menyambut keluarga mentua.

"Kenapa jemput? Kalau sudah niat nak sambut famili mentua, tak payah la ajak jiran tetangga. Kalau tak jemput, hati pun senang.

"Pastikan kalau lauk kenduri atau jamuan, jangan amalkan letak semua atas meja. Kalau habis, tambah sikit-sikit, insya-Allah akan cukup.

"Ada orang, apabila nampak makanan banyak, dia ambil lebih," komen beberapa netizen memberi cadangan.

  • Wanita geram jiran datang kenduri bersama enam ahli keluarga dan makan tanpa fikir tetamu lain.
  • Majlis dibuat untuk sambut keluarga mentua, namun dadih dan kerabu cepat habis.
  • Jiran itu juga didakwa sering menumpang tandas walaupun rumah sangat dekat.
  • Netizen cadang jangan jemput jiran jika majlis hanya untuk keluarga.
  • Ada juga yang kritik tuan rumah kerana mengungkit selepas menjemput tetamu.

Walau bagaimanapun, di satu sudut yang lain, ada juga netizen yang kurang bersetuju dengan luahan wanita itu.

Mereka berpandangan bahawa sebagai tuan rumah, dia tidak sepatutnya mengungkit atau bercakap buruk selepas mengundang orang ke rumahnya.

"Jemput tapi tak ikhlas, entah apa-apa. Kalau jemput orang, awak kena bersedia berdepan macam-macam perangai. Lain kali simpan makanan.

"Apa punya perangai jemput orang datang kenduri lepas tu cakap buruk fasal orang tu. Jenis mulut suka mengata dekat belakang tapi depan mesti muka manis kan," komen netizen berkenaan.

Artikel Lain