suria

Kuih lembik dan berlendir! Wanita tak tergamak hidang pada tetamu, rupanya peniaga suruh jiran siapkan tempahan sebab ada hal keluarga

Cara pengendalian serta penyimpanan yang tidak tepat membuatkan kuih mudah rosak. -Gambar hiasan AI

BIASANYA kalau membuat kenduri atau jamuan kecil memang tidak lengkap tanpa hidangan kuih-muih tradisional sebagai pencuci mulut.

Niat seorang wanita menjamu tetamu dengan hidangan kuih yang enak bagaimanapun bertukar pengalaman mengecewakan apabila tempahannya jauh berbeza daripada jangkaan.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut mendakwa dia menempah empat jenis kuih daripada seorang penjual dengan harga RM161.

Bagaimanapun, tempahan kuih yang dihantar menerusi khidmat sebuah syarikat penghantaran itu tiba dalam keadaan tidak layak dimakan iaitu lembik, berlendir dan hampir basi.

Keadaan kuih seri muka dan kuih lapis yang dimuat naik wanita berkenaan.

"Apa perasaan korang dapat kuih macam ini ya? Boleh bagi pendapat tak?

"Empat jenis kuih ini RM161... Dalam gambar lain, sekali dapat macam ni," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Dia turut memuat naik gambar kuih diterimanya untuk dinilai oleh warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal tempah makanan daripada saudara sendiri, pandai-pandai tampal pelekat bisnes... Paling geram mengaku ‘sponsor’ semua!

ARTIKEL BERKAITAN: Inti berlendir, berkulat siap bau masam! Wanita nak bersemuka peniaga bazar Ramadan, beli 6 biji karipap semuanya busuk

Menerusi foto tersebut, kelihatan kuih seri muka dan kuih lapas berada dalam keadaan lembik dan tidak dipotong elok.

Manakala kuih lepat pula masih 'berpeluh' kerana disimpan dalam peti sejuk.

Wanita itu berkata, dia tidak dapat menerima alasan tempahan tersebut sebenarnya dibuat oleh jiran kepada peniaga kerana dia mempunyai urusan kecemasan keluarga.

  • Seorang wanita kecewa selepas menerima tempahan empat jenis kuih yang didakwa tidak seperti diharapkan.

  • Dia membuat tempahan kuih seri muka, kuih lapis, cara berlauk dan lepat dengan harga RM161.

  • Kuih yang diterima didakwa dalam keadaan lembik, berlendir, hampir basi.

  • Penjual memaklumkan tempahan tersebut disiapkan oleh jiran kerana dia berdepan kecemasan keluarga.

  • Netizen sarankan wanita tersebut meminta pampasan.

"Dah mesej seller, sekali dia cakap, dia suruh jirannya buat sebab dia ada hal emergency.... tak dapat buat.

"Dari segi harga saya tiada masalah tapi bila kuih macam tu, siapa je nak makan? Nak keluarkan pun malu," ujarnya.

Menurutnya lagi, ini merupakan kali kedua dia membuat tempahan daripada peniaga yang sama, namun pengalaman kali ini dianggap paling mengecewakan.

Tangkap layar mesej antara wanita itu dengan penjual kuih.

"Masuk kali ni dah dua kali order tapi kali ini dia suruh jiran buat, katanya emak dia sakit.  

"Tapi dia tak ada pun beritahu saya yang dia nak suruh jiran dia buat," luahnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang dialami wanita tersebut. 

Mereka menasihatkan supaya dia meminta pampasan atau sekurang-kurangnya bayaran balik memandangkan kuih yang diterima tidak berada dalam keadaan memuaskan.

Artikel Lain