suria

Wanita disindir rakan sekerja pakai mekap selepas solat, respon akak ‘cleaner’ buat hati berbunga

Bagi sesetengah wanita, solekan bukan saja membuatkan penampilan menarik tetapi meningkatkan keyakinan diri. -Gambar hiasan AI

DALAM kesibukan rutin harian di tempat kerja, ada kalanya perkara kecil yang dianggap biasa boleh mengundang reaksi tidak dijangka daripada orang sekeliling.

Begitulah situasi dialami seorang wanita ini apabila rutin ringkasnya selepas menunaikan solat di surau pejabat menjadi bahan sindiran individu lain.

"Saya memang selalu solat dekat surau ofis ini dan lepas solat saya selalu make-up sikit sebelum sambung kerja.

"Jadi memang dah biasa borak-borak dengan akak cleaners yang selalu rehat situ. 

Kebanyakan pejabat menyediakan surau untuk kakitangan mendirikan solat. -Gambar hiasan AI

"Dan tadi lepas Zohor, saya macam biasa make-up. Tiba-tiba ada maintenance masuk, borak dengan saya kemudian dia cakap, rajin eh make-up, saya tak pakai pun confident je pergi kerja," ceritanya mengimbas kembali insiden berlaku.

Wanita itu berkata dia hanya tersenyum dan enggan membalas kembali kata-kata sindiran berkenaan kerana mahu segera kembali bekerja.

Namun, situasi menjadi lebih 'menarik' apabila pekerja pembersihan (cleaner) yang juga rakan suraunya tiba-tiba menyampuk perbualan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan kerja toksik! ‘Budak baru’ hantar surat resign 3 kali dalam tempoh 5 bulan kerja, penyakit kemurungan datang semula

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sedekad berkawan, tiba-tiba disisihkan! 3 sahabat baik lepak tak cakap dalam grup, galak upload gambar di IG - “Apa salah saya?”

"Tapi teka lah apa akak cleaner yang selalu borak dengan saya tu cakap. 

"Dia terus menyampuk, nggak apa-apa lah kak, akak tu tak pakai make-up pun sudah cantik. Pakai lagi cantik,” kongsinya.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka mendapat 'sokongan' spontan daripada pekerja pembersihan pejabat, yang secara tidak langsung membuatkan suasana menjadi lebih positif.

  • Seorang wanita disindir rakan sekerja ketika bersolek selepas solat di surau.

  • Dia lazimnya akan bersolek sedikit selepas solat sebelum kembali bekerja.

  • Dia enggan melayan, namun pekerja pembersihan lain tampil mempertahankannya.

  • Malah pekerja pembersihan itu siap memuji membuatkan hatinya berbunga.

  • Netizen memuji sokongan spontan pekerja pembersihan tersebut dan menganggapnya sebagai penyelamat keadaan.

"Sekarang saya tengah fikir nak belanja apa untuk akak cleaner sebab defend saya macam tu," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, warga maya memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Ramai memuji tindakan spontan pekerja pembersihan berkenaan yang dianggap 'penyelamat keadaan'.

Ada yang berpendapat, setiap individu berhak untuk tampil dengan cara tersendiri selagi tidak melanggar batas atau peraturan. 

Artikel Lain