suria

Dah terlanjur tapi bukan boyfriend! Gadis susah nak lupa lelaki baru kenal, rupanya tunang orang!

Pasangan bercinta perlu menjaga batas pergaulan bagi mengelak terjerumus ke kancah zina. -Gambar hiasan AI

BAGAIKAN sudah tiada rasa malu, seorang gadis meraih perhatian apabila berkongsi kisah tentang lelaki pertama yang meragut kesuciannya di media sosial.

Kongsi gadis itu, dia cuba melupakan lelaki tersebut walaupun mereka tiada sebarang hubungan tetapi masih mengingatinya.

Dakwanya hubungan itu juga 'berakhir' di atas katil secara spontan tanpa dirancang.

"Macam mana nak lupakan seseorang yang pernah terlanjur dengan kita? Dia lelaki pertama yang sentuh saya. Dia bukan teman lelaki saya pun.

Aktiviti seks bebas juga boleh menjadi punca jangkitan penyakit kelamin. -Gambar hiasan AI

"Kami berkenalan sekitar penghujung September tahun lepas. Kami terlalu cepat serasi dan 'benda' itu berlaku secara spontan," kongsi gadis itu.

Dalam hantaran sama di Threads, gadis itu mengakui sukar untuk melupakan pemuda berkenaan yang kini sudah bergelar tunangan orang.

"Masa awal kenal, dia kata masih solo. Beberapa minggu kemudian, dia mengaku sudah ada teman wanita. Jadi saya fikir nak kenal dia untuk suka-suka je.

  • Seorang gadis tular selepas mengaku sudah terlanjur dengan seorang lelaki.
  • Dia baru mengetahui lelaki itu sedang menjalin hubungan dengan orang lain.
  • Gadis itu kini berdepan kesukaran untuk melupakan lelaki berkenaan.
  • Netizen tegur gadis itu dan meminta agar dia bertaubat.

"Tanpa disangka saya jatuh hati pula. Saya tahu saya bodoh. Saya cuba banyak kali untuk lupakan dia, tapi saya gagal. 

"Dia baru je bertunang pada bulan April. Sekarang saya susah untuk lupakan dia," tulisnya lagi.

Hantaran tular itu turut dihujani lebih 100 komen netizen yang rata-ratanya menyelar gadis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘dicelup’ baru tahu rupanya terlanjur dengan suami orang... Penyondol menyesal tak semak latar belakang

ARTIKEL BERKAITAN: Terlanjur dengan jiran dalam kereta akhirnya terbongkar! Gadis 22 tahun dicekup bersalin dua bulan lalu, BF pula janji nak kahwin!

Selain kecaman, netizen turut memberi peringatan agar dia bertaubat dan meninggalkan dosa yang dilakukannya.

"Orang sekarang buat maksiat macam benda biasa je. Tahu tak zina tu berdosa? Kesian suami kau nanti dik.

"Kalau awak Islam, lebih baik taubat nasuha. Jangan ulangi lagi kesilapan," tulis netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan zina adalah berdosa dan semua pihak perlu menjauhinya.

Artikel Lain