Bridesmaid sepatutnya meraikan pengantin dengan penuh hormat dan berpada-pada dalam penampilan. -Gambar hiasan AI
DALAM setiap majlis perkahwinan, tumpuan sepatutnya terarah kepada raja sehari yang diraikan.Namun ada segelintir individu tanpa sedar atau tidak cuba mencuri perhatian sehingga menenggelamkan seri pengantin itu sendiri. Seorang artis inai berkongsi situasi menyenangkan melibatkan seorang bridesmaid yang didakwa tidak menghormati kliennya sebagai penganti apabila tampil dengan busana terlalu menonjol."Kalau kawan awak dah pilih awak untuk jadi bridesmaid di hari bahagia dia, tolonglah jangan overshadow.Ketika ini, 'bridesmaid' seolah-olah sudah menjadi satu trend dalam majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI"Pernah dulu, saya datang inaikan pengantin selepas nikah. Mati-mati ingat salah seorang bridesmaid itu pengantin. "Saya approach dia, awak *** ke? Then dia kata, eh tak tak, pengantin dekat dalam," kongsinya. Tambahnya lagi, wanita itu bukan sahaja tampil dengan busana 'mengalahkan' pengantin malah siap memakai veil.Lebih menyedihkan, artis inai tersebut mendedahkan pengantin sebenar iaitu kliennya meluahkan perasaan terhadap sikap rakannya itu ketika sesi berinai berlangsung.ARTIKEL BERKAITAN: Ikhlas belanja famili pengantin, pelukis inai terkedu lihat ganjaran dalam goodies! Menangis sampai basah sampulARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin monyok fikirkan jari tak cantik masa nikah, sekali wali jadi penyelamat... saat akhir hadir pakaikan inai!"Dia pakai veil, make-up macam pengantin. Dia lagi glowing solekannya. Tolong jangan ya!" katanya.Menurutnya lagi, situasi menjadi lebih janggal apabila bridesmaid berkenaan turut mahu berinai secara berlebihan sehingga cuba menonjolkan diri melebihi pengantin."Masa berinai, dia nak juga berinai then tunjuk tangan lagi crowded daripada pengantin siap nak celup jari. Saya cakap tak boleh!"Perempuan tu bini orang, tapi dia paling beria. Buat apa ye pakai veil dekat majlis orang? Bridesmaid lain tak ada veil pun," luahnya.Seorang pelukis inai tersalah anggap bridesmaid sebagai pengantin kerana penampilannya terlalu menonjol.Bridesmaid tersebut pakai veil dan solekan yang lebih menyerlah daripada pengantin.Pengantin perempuan luah rasa kurang senang terhadap sikap rakannya yang dilihat cuba 'overshadow'.Lebih mengejutkan bridesmaid itu mahu berinai secara berlebihan.Pelukis inai nasihatkan bridesmaid supaya peka dan menghormati hari bahagia pengantin.Ringkasan ini dijana oleh AIJusteru dia menasihatkan mana-mana wanita atau gadis yang diberi penghormatan untuk menjadi bridesmaid agar lebih peka dan menghormati hari bahagia orang lain.Di ruangan komen, warga maya berpandangan agar bakal pengantin kelak tidak perlu melantik rakan-rakan sebagai bridesmaid dibimbangi timbul masalah di kemudian hari."Semak je bridesmaid ni. Menyampah. Sebab 98 peratus tu tak membantu pun masa majlis, melawa je lebih. Siapa je pakai veil overshadow pengantin tolong halau keluar."Teruknya kalau dapat kawan makan kawan macam ni. Pendengki la tu," komen netizen.