KEBIASAANNYA, ramai lelaki yang tidak kisah untuk menanggung kos ketika keluar bersama pasangan mereka.Namun menurut seorang pemuda, dia bengang apabila wanita yang baru sahaja dikenalinya sudah mengambil kesempatan atas kebaikannya. "First date dah 'bantai' menu ikan siakap, kailan ikan masin, sup tulang dan tomyam campur. Perempuan ni buat kerja gila.Tak semua lelaki mampu membawa pasangan mereka ke tempat yang mewah. -Gambar hiasan AI"Order air pun tak nak kalah. Lepas tu buat keputusan (tempah makanan) sendiri. Paling teruk, dia tambah menu nasi goreng, bungkus untuk adiknya."Belum halal (kahwin) tapi dah makan macam nak sakau duit orang. Dah jadi bini lain la. Saya pun jenis kuat makan. Tapi bila orang belanja, order berpada-pada la," tulisnya.Perkongsian yang dibuat pemuda itu di aplikasi Threads turut menerima pelbagai respon netizen.Lelaki kongsi pengalaman buruk 'first date' dengan seorang wanita.Dia geram kerana wanita itu memesan banyak menu termasuk ikan siakap.Lebih teruk, wanita itu turut memesan hidangan untuk adiknya yang berada di rumah.Ramai wanita menyelar lelaki itu dan menganggapnya sebagai seorang yang kedekut.Ringkasan ini dijana oleh AIKebanyakan wanita dilihat menyelar pemuda itu dan melabelkannya sebagai lelaki kedekut yang tidak sesuai dijadikan sebagai calon suami."Baru lepak kedai tomyam dah mengungkit macam ni. Engkau pun bukannya bawa dia ke restoran lima bintang. Lepas tu berkira."Tak payah kahwin la dik. Kesian dekat bakal isteri dapat suami yang terlalu berkira macam ni," komen beberapa wanita.ARTIKEL BERKAITAN: Bengang wanita pesan wagyu masa ‘first date’, maruah pemuda tercalar dilabel miskin... Terus kena ‘block’ lepas bayarARTIKEL BERKAITAN: Keluar 'first date', wanita minta nak bayar makan! Pemuda kini faham maksudnya, dah terkena sekaliNamun, ada juga segelintir netizen yang menyuarakan sokongan terhadapnya."Kenapa ramai marah? Memang betul perempuan tu tiada common sense. Sampai tapau untuk keluarga."Kau berhak marah bro. Ini adalah first date. Bukannya dia dah jadi tunang atau bini kamu," tulis netizen.