suria

Bengang wanita pesan wagyu masa ‘first date’, maruah pemuda tercalar dilabel miskin... Terus kena ‘block’ lepas bayar

Hidangan wagyu biasanya lebih mahal berbanding menu-menu biasa. -Gambar hiasan AI

DALAM fasa awal perkenalan, kita biasanya akan berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan sifat yang baik bagi memikat hati si dia.

Namun menurut seorang pemuda, dia berdepan pengalaman kurang menyenangkan sewaktu pertama kali bertemu dengan seorang wanita.

"First date, aku order chicken chop, dia order A5 wagyu. Bila nak bayar, aku tanyalah dia nak bayar sendiri ke? Sebab dia order tanpa tanya aku.

Wanita tidak sepatutnya mengharapkan lelaki untuk menanggung semua perbelanjaan sewaktu keluar bersama. -Gambar hiasan AI

"Dia cakap, kalau miskin, tak payah ajak date, buang masa je. Eh betina, ini first date, bukan ulang tahun perkahwinan. Aku dengan kau pun belum confirm lagi.

"Siapa yang miskin sekarang ni? Makan mahal tapi nak orang bayarkan. Akhirnya aku bayarkan. Ego aku tercalar digelar miskin," kongsi pemuda itu.

Menurutnya, pertemuan itu menjadi yang pertama dan terakhir, malah dia juga masih bengang mengenangkan cara wanita berkenaan mengambil kesempatan atas kebaikannya.

  • Pemuda kongsi cerita keluar makan dengan seorang wanita.
  • Dia kecewa pertemuan pertama itu berakhir kekecewaan.
  • Dia mendakwa wanita itu memesan menu wagyu yang mahal.
  • Dia akhirnya menyekat nombor wanita itu selepas pertemuan berkenaan.

"Balik tu aku terus block dia. Dia order wagyu masa aku pergi tandas. Masa nak bayar tu baru perasan yang dia makan tu wagyu.

"Sebab itu masa nak bayar baru aku tanya. Sebab tak expect perempuan tak kaya macam dia akan order wagyu. Wajahnya cantik, tapi perangainya pula tak cantik," tulisnya lagi menerusi hantaran di Threads.

Kisah berkenaan turut menerima pelbagai komen daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluar 'first date', wanita minta nak bayar makan! Pemuda kini faham maksudnya, dah terkena sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali ‘dating’ bayarkan makan, wanita menyesal berkenalan dengan ‘biawak’... Tambang e-hailing RM20 pun kena tanggung

"Baru kenal kot. Janganlah harap orang belanja kita makanan yang mahal. Setakat lamb chop pun okey lagi.

"Janganlah malukan lelaki. Kau ajak date, kau yang kena belanja.

"Perempuan macam ini kalau kahwin pun mesti sebab duit. Dia nak kau tanggung je," tulis netizen.

Artikel Lain