suria

Niat kongsi rezeki bertukar ‘perang’, wanita dicop penyondol! Masakan dapat pujian BF rakan, siap nak order!

Perasaan cemburu boleh menimbulkan salah faham dan menggugat keharmonian sesebuah hubungan. -Gambar hiasan AI

BERMULA dengan niat berkongsi rezeki, seorang wanita tidak menyangka dengan sekelip mata ia bertukar salah faham sehingga menjejaskan persahabatan yang terjalin.

Ceritanya, hidangan spageti bolognese yang disediakan ketika menghadiri sebuah acara potluck menjadi punca dia tuduh sebagai penyondol.

"Ceritanya, batch kami buat potluck dan aku bawa spageti bolognese yang sudah 'dimelayukan' resipi mak aku.

"Tengah semua orang makan, kawan aku pun sembang-sembang biasa, cakap teman lelaki dia yang juga batch kami tak makan spageti," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

Bagaimanapun katanya, situasi bertukar janggal apabila teman lelaki rakannya itu secara tiba-tiba mencuba hidangan tersebut dan memuji keenakan masakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal ‘kutip’ BFF kerja satu pejabat, terserlah perangai buruk bodek pengurus... Akhirnya beralah cari rezeki tempat lain

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal terkilan kawan ‘flex’ dapat nafkah RM11,000 daripada suami, siap WhatsApp tunjuk resit transaksi - “Entah apa niat dia”

Pujian diberikan itu membuatkan teman wanitanya berubah wajah dan mempersoalkan mengapa lelaki tersebut tiba-tiba berubah selera.

"Kawan aku terkejut sebab selama ini teman lelaki dia kata tak makan (spageti). Tiba-tiba orang lain masak dia makan pula.

"Ada lebih sikit spageti itu, BF dia willing nak bawa balik. Aku okay saja sebab tak membazir," ceritanya.

Namun situasi bertambah 'panas' apabila lelaki berkenaan bertanya sama ada dia membuka tempahan dan mahu membeli hidangan masakannya itu.

Perasaan cemburu sememangnya lumrah dalam sesebuah hubungan. -Gambar hiasan AI

Katanya lagi, rakannya kemudian meminta resipi hidangan tersebut, namun teman lelakinya memberitahu rasanya tidak akan sama seperti air tangan gadis tersebut.

"Semalam aku pun kebetulan masak spageti itu, aku bagi la member aku ini dua bekas. Satu untuk dia, satu lagi untuk BF dia. Maka terjadilah perang dunia ketiga!

"Dia mempersoalkan kenapa ada bahagian kekasihnya. Bunyi suara dia macam dah naik darah. Dia tak ambil bahagian BF dia.

  • Seorang wanita berkongsi rezeki dengan membawa spaghetti bolognese ke potluck bersama rakan-rakan.

  • Teman lelaki rakannya yang sebelum ini tak makan spaghetti tiba-tiba cuba dan memuji masakannya.

  • Lelaki itu siap minta bawa pulang lebihan dan beberapa kali memuji serta mahu makan lagi.

  • Wanita tersebut beri dua bekas spaghetti kepada rakannya, termasuk satu untuk teman lelaki rakannya.

  • Rakannya marah dan salah faham, namun netizen anggap wanita itu tidak bersalah dan nasihat supaya jaga jarak.

"Ada la bising-bising cakap itu ini dekat aku. Salah ke aku?" kongsinya meminta pandangan warga maya.

Tegasnya, dia tiada niat menggangu hubungan pasangan tersebut apatah lagi mencetuskan sebarang salah faham.

Sebaliknya hanya menganggap pemberian itu sekadar perkongsian biasa sesama rakan.

Di ruangan komen, warga maya tampil berpihak kepada wanita tersebut yang menyatakan dia tidak bersalah kerana sekadar berkongsi makanan.

Bagaimanapun ramai menasihatkannya agar menjaga jarak supaya salah faham yang berlaku berterusan. 

"Faham perasan awak, macam saya, tak boleh orang cakap lapar, kita ni bagi je la makan. Tak fikir apa pun kan. Kau jangan layan mereka berdua dah.

"Itu namanya politik persahabatan. Macam mana bagus dan cantik kita ini, jangan berkawan, text, beramah mesra mahupun berbasa basi dengan BF kawan, abang ipar, biras, tunang orang, suami orang, hatta suami jiran," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain