suria

Ibu pelajar cemerlang macam lipas kudung, setiap aktiviti anak mesti muncul... Akui sokongan suami paling penting

Kegigihan seorang ibu mendorong kejayaan anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

KECEMERLANGAN seorang pelajar tidak hanya terletak kepada usaha mereka sendiri dalam mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Di sebalik setiap kejayaan itu pasti ada seorang ibu yang mengorbankan diri dalam memastikan anak-anak dapat memberi fokus kepada pelajaran.

Bagi seorang individu, dia kagum apabila melihat golongan ini sanggup berhempas pulas mengorbankan wang dan masa demi memastikan masa depan anak-anak terjamin.

Malah katanya, ibu bapa pelajar cemerlang biasanya lebih komited dan bijak dalam mengatur jadual harian anak-anak agar mereka dapat fokus.

Seorang ibu adalah tulang belakang anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

Seorang ibu adalah tulang belakang anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

"Rata-rata murid yang cemeerlang dalam akademik dan kokurikulum, ibunya memang macam lipas kudung!

"Anak ada sukan dihantar, latihan ditunggu... Kalau nak ujian pula dia sign up anak untuk tuisyen dan kelas tambahan.

"Ada yang beli buku ekstra untuk belajar di rumah," kongsinya di Threads.

Hasil pemerhatiannya juga mendapati, golongan ini juga cekap dalam membahagikan masa dengan tugas hakiki di rumah.

  • Kejayaan pelajar cemerlang hasil pengorbanan ibu bapa.
  • Ibu sanggup urus jadual anak, hantar tuisyen dan aktiviti.
  • Siap sediakan bahan pembelajaran tambahan di rumah.
  • Perlu sokongan kewangan dan kerjasama suami isteri.
  • Netizen setuju kejayaan anak cerminan disiplin keluarga.

Namun katanya, keseimbangan itu juga tidak dapat dicapai sekiranya golongan ini tidak mempunyai kestabilan ekonomi dan sokongan emosi daripada pasangan.

"Biasanya golongan ini mesti mempunyai suami yang gajinya 'sedap'. Ada kereta serta wang mencukupi selain persefahaman tinggi antara pasangan.

"Masing-masing kena tahu bahagian masing-masing sebab tak semua boleh capai melainkan yang betul-betul jelas akan tujuan itu," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis, minta maaf risau keputusan biasa-biasa... Selepas disemak rupanya dapat 8A dalam SPM!

ARTIKEL BERKAITAN: Pantang ditegur! Baru 10 tahun dah tunjuk kurang ajar, guru geram murid cemerlang baling buku atas meja

Hantarannya itu turut dipersetujui netizen yang menganggap anak-anak adalah cerminan terhadap disiplin dan pengorbanan ibu bapa di rumah.

"Kerjasama itu sangat penting tapi kadang-kadang penat juga, cuma kena pandai balance.

"Untung anak-anak sekarang, kami dulu semua buat sendiri tapi masih tetap cemerlang akademik," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain