Wanita hamil disaran bersuara untuk menuntut hak mereka di dalam pengangkutan awam. -Gambar hiasan AI
RUNGUTAN wanita hamil tidak diberikan tempat duduk ketika menaiki pengangkutan awam bukan isu baharu sebaliknya sering menjadi perdebatan di media sosial.Perkara itu turut membuatkan seorang wanita tampil melontarkan pandangan menggesa golongan ini supaya lebih berani bersuara sekiranya memerlukan tempat duduk. Katanya, bersuara secara langsung dapat menyelesaikan masalah berbanding hanya meluahkan rasa tidak puas hati di platform media sosial.Tak semua orang ramai cakna dengan hak wanita hamil. -Gambar hiasan AI"Lain kali kalau tiada tempat tempat, beritahu nak duduk. Bukannya cakap belakang lepas tu post dekat Threads."Orang lain pun kadang-kadang penat, ada yang memang tak larat berdiri, ada yang mengelamun, tak perasan pun awak tu mengandung," katanya.Tambahnya, komunikasi penting bagi mengelakkan salah faham, selain mengingatkan tidak semua individu mampu 'membaca' keperluan orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: “Kau yang gatal nak bunting” - Lelaki herdik wanita hamil, bengang diminta kosongkan tempat duduk dalam MRTARTIKEL BERKAITAN: Penumpang LRT malu, serik tawar tempat duduk kepada wanita berisi... Rupanya tak hamil, cuma perut buncit"Apa salahnya kalau bersuara? Kan dah besar! Kita ini manusia biasa, bukan boleh baca fikiran orang lain."Nak orang faham perasaan kita, kita pun kena faham perasaan orang itu. Bukan kita seroang saja hidup dalam dunia ini," katanya.Wanita itu turut menegaskan, sekiranya permintaan telah disuarakan namun masih tidak diendahkan, barulah wajar untuk berasa kecewa.Wanita gesa ibu hamil berani minta tempat duduk.Tidak semua orang sedar keadaan sekeliling.Komunikasi penting elak salah faham.Kecewa jika sudah bersuara tapi diabaikan.Netizen setuju, kongsi pengalaman sama.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersetuju dengan pandangan wanita tersebut dengan menyarankan ibu hamil bersuara jika ingin duduk."Aku masuk memang tengok telefon. Tiada masa setiap lima minit nak angkat muka tengok cari orang mengandung. Kalau tegur, aku bagi je."Maaf. Aku dah pernah salah faham. Nak bagi akak tu duduk ingat dia mengandung, tapi aku pula yang malu," komen warga maya.