SEGELINTIR individu bagaikan sudah hilang rasa malu apabila tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral di dalam kereta.Dakwa seorang pemuda, dia juga baru menyaksikan rakannya yang juga polis bantuan sebuah pusat beli-belah mencekup pasangan kekasih 'berasmaradana' di kawasan parkir. "Tadi jumpa kawan, dia polis bantuan. Jumpa kat parking sebab dia baru habis kerja. Tengah cakap-cakap tu, tiba-tiba dia angkat jari suruh aku diam.Hotel bajet juga sering menjadi pilihan pasangan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral. -Gambar hiasan AI"Dia nampak sebuah kereta tu bergoyang-goyang. Dia pergi dekat dan ketuk kuat-kuat."Ada couple lelaki dan perempuan tengah buat projek. Kawan aku suruh mereka keluar dan ajak ke balai."Kawan aku suruh mereka berambus kalau tak mahu ke balai. Puas hati aku tengok," imbasnya.Pemuda dakwa lihat pasangan melakukan perbuatan tak senonoh dalam kereta.Kejadian itu berlaku di kawasan parkir di sebuah pusat beli belah.Rakan pemuda itu yang juga polis bantuan menyergah pasangan berkenaan.Polis bantuan turut memberi amaran untuk membawa pasangan itu ke balai.Ringkasan ini dijana oleh AIPasangan berkenaan dipercayai segera beredar selepas disergah oleh polis bantuan berkenaan.Hantaran di aplikasi Threads itu menerima pelbagai komen netizen.Selain tempat letak kereta pusat beli-belah, pelayar Threads berkata perbuatan berkenaan juga turut berlaku di kawasan parkir masjid.ARTIKEL BERKAITAN: 2 lelaki dicekup buat 'projek' dalam Proton X50, polis jumpa gumpalan tisu ada cecairARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan pertama terus buat ‘projek’ dalam kereta... Dua lelaki viral dalam Perodua Alza baru berkenalan 2 minggu"Parking dalam mall tu biasa dengar berlaku. Kat parking masjid pun biasa berlaku juga."Miskin sangat ke sampai tak ada tempat untuk buat benda tu? Tak ada bajet."Dah macam binatang, dekat mana-mana pun boleh buat," tulis beberapa netizen.